PAS FITNAHKAN MALAM MAHABBATUR RASUL-KEDAH BERSELAWAT


Apakah disebabkan penganjurnya Kerajaan BN Negeri Kedah dan berlandaskan Islam maka pimpinan dan penyokong PAS cuba memfitnah program tersebut?

Program Malam Mahabbatur Rasul-Kedah Berselawat yang diadakan di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu, bukan sahaja telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Kedah bahkan sekali gus mencerminkan pemerintahan Kedah benar-benar beralaskan Islam berbanding PAS yang hanya bertopengkan Islam.

Ada yang kagum dengan penganjuran program yang julung kali diadakan dihadiri lebih 40,000 peserta, namun tidak kurang reaksi pihak-pihak tertentu yang cuba mencetuskan kontroversi daripada program anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).

Maklum balas daripada laman sosial menunjukkan reaksi positif yang menyanjung penganjuran program seumpama itu, namun timbul juga reaksi-reaksi negatif, tidak lebih daripada memfitnah antaranya mengaitkan program itu ditaja oleh syarikat perjudian.

Sebelum majlis berlangsung, dikatakan pula sekolah-sekolah pondok pro Pas dilarang hadir ke majlis berkenaan.

Pada masa yang sama, satu poster palsu yang diedit dengan memasukkan gambar isteri menteri besar, disebar sebagai bahan fitnah menerusi laman-laman sosial.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, parti itu tidak pernah mengeluarkan arahan supaya ahli dan penyokong PAS memboikot program itu termasuk menghalang mana-mana sekolah pondok untuk turut serta.

Manakala Dewan Ulama PAS Kedah secara terang menganggap program pada malam itu bersifat politik.


Pada hakikatnya program sebegitu telah berjaya membuka mata rakyat Kedah bahawa kepimpinan PAS Kedah sememangnya cemburu terhadap transformasi yang dibawa kepada kerajaan Kedah.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 11, 2014 at 9:54 AM

memang betul PAS cemburu dgn program ini.....sebab masa PAS memerintah dulu langsung tak ada aktiviti ke agamaan yg di buat secara besar besaran......apa yg di buat masa tu ialah aktiviti menjarah kekayaan negeri utk kepentingan poket sendiri.....PAS bengang sebab selama ini mereka rasa lebih islamik dan hanya mereka jer yg layak masuk syurga.......apa org lain buat especially UMNO di kira sebagai tidak sah dan bermotifkan politik & kebendaan dunia jer......

Anonymous
February 11, 2014 at 11:51 AM

Tahniah Kerajaan UMNO Kedah kerana berjaya menjalankan program ini. Dulu hanya PAS sahaja yang dapat memenuhkan padang di Stadium tetapi hanya untuk mendengar ceramah yang bukan-bukan. Semoga program sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa depan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger