NIZAR JAMALUDDIN KATA BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) SEBAGAI RASUAH


Ceramah ‘Nasib Rakyat Pasca PRU-13’ anjuran PAS bertempat di Markas PAS, Matang Jaya semalam menjadi medan kepada Pengerusi PAS Perak, Nizar Jamaluddin mengutuk kerajaan ‘kaw-kaw’ di hadapan 70 orang penyokong setia PAS.

Dengan penuh bersemangat Nizar mengutuk kerajaan BN terhadap apa yang telah dilakukan terhadap rakyat termasuklah menyatakan BR1M yang bakal diterima rakyat Malaysia dalam bulan Februari ini dianggap sebagai ‘rasuah’.

Harus diingat bahawa penerima BR1M juga merupakan terdiri daripada penyokong dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

Tidak cukup dengan itu Nizar melabelkan BN sebagai pengkhianat kepada rakyat hanya kerana isu kenaikan harga barangan sekarang. Hakikatnya kenaikan harga barang ini adalah disebabkan monopoli sebahagian besar peniaga dan pemborong barangan hingga menyebabkan harga naik.

Kerajaan tidak pernah menyusahkan rakyat bahkan sentiasa mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat biarpun terpaksa menggunapakai langkah penjimatan.

Penguatkuasaan harga kawalan ke atas barangan keperluan merupakan langkah sosial terhadap menjaga kebajikan rakyat. Tiada negara di dunia ini yang mengamalkan langkah sedemikian seperti mana yang dilakukan kerajaan sekarang ini termasuklah pengekalan subsidi.

Biarpun Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan tiada kenaikan harga tol dalam tahun ini hingga menyebabkan kerajaan terpaksa membayar harga RM400 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi memastikan tol tidak mengalami kenaikan harga.

Nizar juga membakar semangat anti-UMNO di kalangan penonton yang hadir yang kebanyakannya merupakan guru-guru berasal dari Semenanjung Malaysia dengan memberikan perumpamaan selagi UMNO masih wujud maka selagi itulah mereka akan mengkhianati rakyat.

Rasanya Nizar tidak melihat bagaimana janji-janji pilihan raya PAS di Kelantan dan PKR di Selangor yang banyak tidak ditunaikan sehingga ke hari ini. Apakah itu tidak dinamakan sebagai khianat kepada rakyat?

Sambil itu menegaskan kesemua pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Anwar Ibrahim bersih daripada bentuk hukuman dan dakwaan. Nampaknya, Nizar masih menganggap rakyat Sarawak ini ketinggalan dari segi maklumat.


Ramai rakyat sudah tahu betapa Anwar Ibrahim yakni kepala samseng kini telah berjaya menunda tarikh perbicaraan liwatnya hanya semata-mata mahu memastikan beliau dapat bertanding dalam PRK DUN Kajang.

Seperti lazimnya, Nizar akan memainkan isu Rosmah Mansor yang menggunakan jet eksekutif untuk melancong juga kemampuan anak Rosmah membeli banglo di New York yang bernilai RM100 juta.

Seolah-olah tiada isu lain, Nizar telah memesongkan fakta sebenar biarpun telah dijawab Rosmah Mansor hingga menyebabkan isu itu hilang. Juga, kemampuan anak Malaysia yang berjaya dalam perfilemen hingga mampu membeli harta di luar negara juga menjadi isu hanya semata-mata individu itu anak kepada Rosmah Mansor.

Inilah PAS dan Pakatan Pembangkang yang bukan sahaja menyemai kebencian terhadap kerajaan BN bahkan cuba memesongkan pemikiran rakyat hanya dengan cerita-cerita palsu dan bohong.


PAS hanya mementingkan politik berbanding menyemai perpaduan sesama manusia hingga sanggup menghancurkan perpaduan sesama Islam dan berkawan dengan musuh Islam yang sedia menghancurkan Islam.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 19, 2014 at 4:45 PM

Bersyukur kerana BR1M 3.0 akan dagihkan sehari dua lagi.Bantuan tunai begini tepat sekali bagi kami golongan marhaen.Seluruh negara meneimanya.Tak kiralah rakyat di Kelantan,P.Pinang dan Selangor yg diperintah Pakatan Rakyat(PR) atau dicela sbg Penipu Rakyat semua yg layak akan dpt BR1M3.0.

Bertuahlah rakyat jika kerajaan2 PR diketiga2 negeri tersebut ada juga program bantuan "tunai" spt BR1M.Tapi sedih kerajaan2 PR tak bagi "tunai".Tunai masyuk poket org2 besar dan krnoni2 PR.Jgn haraplah kerajaan Kelantan nak bagi bantuan "tunai". Nak buat jambatan dan jalanraya pun minta sedekah dr rakyat! Pelik.

Pihak Pas dah tak releven dlm kancah politik nasional.Di peringkat kampung/mukim kecil Pas agak sesuai.Pas sekadar boleh mengurus surau,sekolah pondok dan urusan2 kecil saja.Tengok saja Kelantan.Dah bedekad2 Pas jadi kerajaan Kelantan macam tu juga.Kalau tak ada bantuan Kerajaan Pusat maka tak bergajilah kakitangannya.Ini kenyataan.Bukan fitnah.Lainlah negeri2 yg diperintah Dapig dan PKarut R.Guan Eng dan Khalid agak ok dlm ekonomi tapi lemah dlm program utk masyarakat.Melayu dan India di PPinang dipinggirkan.Di Selangor cuma Subang maju sebab Terasa Kok di situ.

Jgn kita di Sarawak diperangkap dgn cerita2 Israiliyat pihak Pas.Jgn kita dilalai dgn dongeng "undi PAS masuk Syurga".Jgn diperdaya PAS bahawa Paspus itu bersih dr rasuah..dan UMNO/BN korup.Kita ada otak utk berfikir.Pakailah.

sekadar pandangan 50sen

tetap tak memilih PAS dan PR

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger