NAIB PRESIDEN PKR SARAWAK SEE CHE HOW AKUI KEPIMPINAN TAIB MAHMUD ADALAH YANG TERBAIK


Jika sebelum ini komen pemimpin PKR Sarawak terhadap Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selalunya negatif dan bersifat mengkritik, tetapi kali ini dengan persaraan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak komen mereka bersifat positif.

Ini diakui sendiri Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How yang berpendapat bakal Ketua Menteri Sarawak nanti tidak akan dapat menandingi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mentadbir negeri ini.

Ini kerana sepanjang tempoh 33 tahun mentadbir, Taib berjaya menerajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan kerajaan negeri dengan baik.

“Siapa sahaja yang menjadi pengganti Ketua Menteri tidak akan dapat menandinginya mentadbir negeri ini,” katanya lagi.

Pada masa sama See Chee How menganggap keputusan Taib meletak jawatan sebagai Ketua Menteri tepat pada masanya.

Tambahnya, ini kerana Taib telah lama berkhidmat dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuknya berehat.

Manakala Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen enggan memberi sebarang komen buat sementara waktu.

Berbeza dengan kepimpinan DAP yang dilihat masih tunggu dan lihat akan perkara ini. Seperti lazimnya, kepimpinan DAP sememangnya ‘takut’ kepada Abdul Taib Mahmud yang selama ini telah berjaya merobek ego DAP yang selalunya bersikap bohong dan pembohong.


Lihat sahaja dalam kempen politik mereka di mana menyasarkan kepada peribadi Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri dalam setiap kali pilihan raya. Mereka ini lupa bahawa kekayaan yang dinikmati peniaga dan kaum Cina di Sarawak ini adalah hasil daripada dasar dan kepimpinan Taib Mahmud serta kerjaaan yang sedia ada.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger