MAHFUZ CABAR MUKRIZ DEDAH PENYELEWANGAN KERAJAAN PAKATAN SEWAKTU PERINTAH KEDAH


Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menggesa supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendedahkan penyelewengan PAS dan Pakatan sewaktu memerintah Kedah.

Menurut pandangan Mahfuz, kenyataan Mukhriz bersifat mengugut tatkala Pakatan Pembangkang kini mula menyerang kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN.

"MB ugut PAS dan PR Kedah. Beliau kata akan dedah segala kesalahan yg dilakukan PR ketika perintah Kedah kami masih serang dia.

Dengan nada angkuh, Mahfuz meminta Menteri Besar Kedah itu mendedahkan penyelewengan yang pernah dilakukan kerajaan Kedah sewaktu ditadbir Pakatan Pembangkang.

"Saya mempersilakan dengan penuh takzimnya kepada menteri besar untuk membongkar segala apa yang dia maksudkan...sebarang penyelewengan yang berlaku ketika PR terajui Kedah," katanya pada sidang media.


Menurutnya, jika ada sebarang penyelewengan sewaktu pemerintahan PR di Kedah, siasatan boleh dijalankan namun bukan dengan mengugut.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 5, 2014 at 12:48 PM

Ternyata PAS mempunyai sifat buruk. Walaupun mereka menggunakan nama Islam sebagai nama parti mereka tetapi sikap mereka tidak menggambarkan sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam sejati. Islam melarang agar mendedahkan aib orang lain tetapi PAS mencabar pula agar aib tersebut disebarkan. Tindakan Datuk Sri MB dah betul, tetapi pihak PAS pula mencabar kewibawaan MB. Semoga rakyat dapat membuat tafsiran yang sebenar.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger