LARANGAN MEMASUKI SARAWAK WAJAR BAGI MENGEKALKAN KEHARMONIAN KAUM


Disebabkan tindakan menghalang Mazlan Aliman daripada memasuki Sarawak pada 22 Februari 2014, kepimpinan dan penyokong Pakatan Pembangkang mengutuk tindakan kerajaan Negeri Sarawak.

Daripada kutukan yang diterima jelas mereka ini tidak mengetahui sejarah Sarawak dan keperluan kerajaan Sarawak berbuat demikian.

Melihat kepada keadaan semasa ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan Sarawak ini wajar bagi mengekang penyebaran idea yang tidak relevan daripada pemimpin politik Semenanjung Malaysia yang boleh menjejaskan keharmonian dan kebudayaan negeri tersebut.

Harus diingat pemimpin yang dikenakan tahanan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak ini bukan sahaja dikenakan terhadap pemimpin pembangkang bahkan pemimpin lain dari Barisan Nasional juga menerima nasib sama jika idea mereka boleh memberi ancaman kepada Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, tindakan ini wajar, ahli politik Semenanjung biasa tidak faham isu ini. Bukan sahaja Mazlin Aliman bahkan ramai lagi ahli politik Semenanjung dari PAS, DAP, MCA, MIC, UMNO dan PKR patut dihalang daripada memasuki Sarawak supaya mereka tidak menyebarkan idea tidak relevan mereka kepada Sarawak.

“Mereka khuatir idea buruk dari Semenanjung menular ke Sarawak, sekali gus menggugat keharmonian kaum yang sedia terjalin baik dan mesra di sana,”

Membenar atau menghalang kemasukan ke Sarawak itu merupakan hak yang tidak boleh dipertikaikan dan kerajaan negeri itu tidak perlu memberikan penjelasan terhadap larangan kepada mana-mana pihak.


Ini adalah hak yang ada pada kerajaan Sarawak dan segala macam komen kepimpinan PAS terhadap tindakan ini disifatkan sebagai buta sejarah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger