LAGI RAKAN KARIB ANWAR IBRAHIM HASRAT BERTANDING DI DUN KAJANG


Selepas Datuk S. Nallakaruppan menyatakan hasrat bertanding di DUN Kajang, seorang lagi ‘bekas’ rakan Anwar Ibrahim iaitu Zaid Ibrahim menyatakan hasrat dan minat yang sama untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang.

Setelah tewas dalam PRK Hulu Selangor dan menghilangkan seketika dalam arena politik dengan mengambil keputusan keluar PKR dan menubuh parti KITA.

Dengan keadaan tidak menentu dalam parti KITA sehingga berundur dan membubarkan parti KITA, Zaid Ibrahim yang lantang bersuara akhirnya senyap seketika dalam dunia politik.

Memperlihatkan kemunculan PRK DUN Kajang yang serba pelik dan timbul 1001 macam isu yang menjurus kepada perpecahan dalaman PKR telah mendorong hasrat bekas Presiden KITA dan ahli PKR itu menyatakan minat bertanding sekaligus menentang bekas ketua dan rakannya, Anwar Ibrahim.

Dengan kemunculan semula Zaid Ibrahim telah merancakkan sedikit politik Malaysia dan sekaligus menyukarkan hasrat Anwar Ibrahim untuk menang dengan majoriti besar.

Semalam, beliau telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Mohd Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

"Menulis dalam blog saya (www.zaid.my) memang menyeronokkan, tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar apa yang hendak mereka sampaikan dan sudah tentu, menikmati hidangan sate bersama mereka.

"Peluang bercakap dengan pengundi Kajang juga akan mengukur sejauh mana sesetengah idea saya diterima, yang kemudian boleh dijadikan maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk 'Mulling for Kajang' yang tersiar hari ini.

Mohd Zaid berkata, beliau telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan disuarakan dalam tempoh berkempen, termasuk kepentingan memerangi punca
polarisasi kaum, usaha memulihara keamanan dan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam serta program ekonomi dan pendidikan bagi membina kemahiran.

Zaid juga berkata beliau akan meminta penjelasan daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang keputusan parti itu merancang agar pilihan raya kecil itu diadakan, yang dianggap sesetengah pemerhati sebagai suatu pembaziran.

"Sudah tentu saya akan minta Anwar Ibrahim beri penjelasan kenapa beliau mengatur rancangan agar pilihan raya kecil ini diadakan. Apa yang akan beliau buat dengan rezab Selangor dalam usahanya membawa kemegahan kepada negeri itu," katanya.

Zaid dilantik sebagai senator pada Mac 2008, sebelum menganggotai Kabinet, tetapi mengemukakan surat peletakan jawatan enam bulan kemudian.

Beliau menjadi pemimpin UMNO dari 1984 hingga dipecat daripada parti itu pada Disember 2008, antara lain, kerana didakwa menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang.

Pada 2009, beliau menganggotai PKR dan bertanding sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 2010, tetapi kalah kepada Ketua Penerangan MIC ketika itu P. Kamalanathan dengan 1,725 undi.

Berikutan beberapa konflik dalaman, Zaid yang ketika itu menyandang jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meninggalkan parti tersebut dan kemudian menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), dengan menjadi presiden pertamanya pada Disember 2010.

Sejak itu, peguam terkemuka dan pemilik satu daripada firma guaman terbesar di Asia Tenggara ini, tidak lagi mendapat perhatian dan parti itu juga kalah dua kerusi parlimen serta 11 kerusi negeri yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum 2013. Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum lepas.


Pasti menarik dengan kini 3 calon telah menyatakan hasrat bertanding dengan Anwar Ibrahim dari PKR manakala Datuk S. Nallakaruppan dan Zaid Ibrahim dijangka sebagai calon Bebas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger