LAGI PEMIMPIN PAS PUSAT TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SARAWAK


Inilah keistimewaan Kerajaan Negeri Sarawak seperti mana yang terkandung dalam 18 Perkara syarat perjanjian Sarawak menyertai Malaysia yang terpakai sehingga kini.

Dan, disebabkan itu juga pemimpin Pakatan Pembangkang mahu 18 Perkara ini dimansuhkan dan seterusnya keistimewaan Sarawak tergadai.

Jikan sebelum ini pernah didengar beberapa pemimpin PKR dan DAP tidak dibenarkan memasuki Sarawak atas sebab-sebab tertentu yang pastinya bersifat negatif.

Terbaru, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mendakwa beliau dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Menulis laman Facebooknya, Mazlan yang menjelaskan beliau ditahan pihak berkuasa Imigresen apabila tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 hari ini (Sabtu).

Diselidiki didapati Mazlan melalui NGO Anak merupakan sebahagian daripada penganjur kepada program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di DUN Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak.

Dengan pengumuman Ketua Penerangan PAS itu, jelas bahawa Mazlan yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan beliau datang ke Sarawak adalah untuk menyertai Himpunan Tanah Sarawak.

Ini merupakan kali kedua Mazlan dilarang memasuki Sarawak. Sebelum ini beliau menerima nasib yang sama pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

Seperti biasa, Ketua Penerangan PAS, Andri Zulkarnaen Hamden berkata penangkapan itu amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan.

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak.

Nampaknya pemimpin Ketua Penerangan PAS ini lupa sejarah Sarawak dan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

Dakwaan bahawa Mazlan ditahan lama di Lapangan Terbang Sibu sebagai suatu pembohongan sebaliknya kebiasaan pihak Imigresen akan menghantar balik penumpang yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dengan kapal terbang yang lain dengan secepat mungkin.


Mazlan telah pun selamat sampai di Lapangan Terbang Senai, Johor setelah diarahkan kembali ke tempat asal.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger