KEKOSONGAN DUN BALINGIAN TIDAK SAMA SEPERTI DUN KAJANG


PAS Sarawak sebelum ini telah menyatakan hasrat dan minatnya untuk meletakkan calon di DUN Balingian seperti mana yang telah dilakukan mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 yang menyaksikan PAS kalah teruk.

Begitupun, PAS terpaksa berbincang dahulu dengan komponen Pakatan Pembangkang seperti PKR dan DAP bagi mendapatkan persetujuan. Malah, PKR juga menyatakan minat untuk meletakkan calon memandangkan majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Melanau dan Bumiputera.

Namun begitu, tegas Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang juga bakal Ketua Menteri Sarawak sekiranya kekosongan DUN Balingian ianya tidak sama seperti mana kekosongan DUN Kajang.

Beliau berkata, senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.
   
Katanya PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.
   
"Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau pada sidang akhbar.
  
Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
  

Rabu lepas, Taib yang juga ADUN Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari ini. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger