KAMPUNG SUNGAI MIDIN DI DUN N.7 SAMARIANG JADI KAMPUNG ANGKAT DAP SARAWAK


Pusat Khidmat DAP DUN Tupong melebarkan pengaruhnya di kawasan DUN N.7 Samariang apabila memilih Kampung Sungai Midin sebagai ‘kampung angkat’.

Mengikut statistik Kampung Sungai Midin, hampir keseluruhan penduduk ini merupakan penduduk Melayu tetapi bukan penduduk tetap sebaliknya merupakan ‘orang datang’ daripada luar Kuching.

Asalnya tanah yang diduduki penduduk di sini merupakan tanah milik kerajaan dan mereka hanya mencuba nasib meneroka kawasan ini dengan harapan suatu hari nanti kerajaan akan memberikan mereka tanah dan dijadikan penempatan.

Malah, mereka juga bukan pengundi bagi kawasan DUN N.7 Samariang dan kini dalam usaha mendapatkan geran tanah dengan apa sahaja termasuk menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan DAP Sarawak yang ditunjangi Chong Chieng Jen.

Kesempatan ini telah digunakan DAP Sarawak untuk mempengaruhi mereka kononnya mereka boleh membantu penduduk di sini mendapatkan geran tanah untuk penduduk.

Penganjuran ‘WE HELP’ di Kampung Sungai Midin dengan memberikan bantuan berupa beras, gula dan minyak masak cukup untuk meracuni pemikiran penduduk Melayu di situ untuk menyokong DAP Sarawak.

Persoalannya, apakah tidak cukup segala bentuk bantuan yang telah diberikan BN di kampung itu selama ini?

Mengikut perancangan seramai 100 penerima yang akan menerima bantuan WE HELP tetapi hanya 50 orang sahaja yang hadir.

Dalam pada itu, DAP Sarawak juga cuba untuk meraih sokongan 100,000 tandatangan bagi menyokong Kempen Tandatangan Dasar Tenaga Elektrik Lebih Adil di seluruh Sarawak.

Lawatan dan penganjuran program WE HELP anjuran DAP DUN Tupong telah menubuhkan DAP Ranting DAP Sungai Midin dan melantik Ibrahim Anuar sebagai Ketua Ranting.


Turut hadir pada majlis tersebut ADUN Batu Kawa, Christina Chiew, ADUN Pending, Violet Yong, Pembantu Khas Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 16, 2014 at 5:52 PM

Orang orang melayu Islam sarawak..jangan percaya kpd parti DAP yg ibarat musang berbulu ayam. Muka tersenyum simpul tapi berhatikan syaitan.

Anonymous
February 16, 2014 at 11:13 PM

DAP parti yang menindas orang melayu dan racist!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger