KADIR JASIN CUBA PECAH BELAHKAN PERPADUAN PBB DAN UMNO


Menggunakan artkel bertajuk “Pehin Sri Taib berpesan meminta agar pemimpin PBB menghalang "politik rasis UMNO" dari memasuki Sarawak” yang diterbitkan portal Malaysia Insider yang cenderung terhadap pembangkang, wartawan veteran, Kadir Jasin mengupas dengan penuh tujuan untuk memecahbelahkan PBB dan UMNO yang merupakan komponen utama BN.

Dengan bersungguh-sungguh Kadir Jasin ‘mengupas’ hasil mesyuarat MKT PBB yang diadakan pada 8 Februari lepas yang seolah-olah beliau turut berada dalam mesyuarat itu.

Yang diketahui mesyuarat itu hanya melibatkan Ahli Majlis Tertinggi PBB Sarawak tanpa melibatkan wartawan termasuklah Kadir Jasin mahupun wartawan Malaysia Insider.

Ini secara jelas Kadir Jasin menggunapakai artikel atau bahan berita yang bersifat ‘pembohong’ mahupun pencetus spekulasi sahaja.


Apakah benar Pehin Sri berkata demikian dalam mesyuarat itu seperti mana yang diperkatakan Kadir Jasin mahupun wartawan Malaysia Insider itu?

Wajarkah wartawan berpengalaman seperti Kadir Jasin ini menggunapakai sumber berita yang tiada kesahihan dan menulisnya dengan harapan ia berjaya mencapai matlamatnya?

Sebagai wartawan veteran yang berpengalaman dan dihormati, Kadir Jasin sepatutnya membuat pertimbangan kesahihan sesuatu berita terutama sekali yang cenderung menghentam kerajaan.

Dengan pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak, apakah Kadir Jasin sudah kehilangan ‘cerita’ hingga menjadikan persaraan Taib Mahmud sebagai klimaks kepada isu Ketua Menteri Sarawak.

Tulisan Kadir Jasin telah digunapakai pembangkang yang turut mengambil kesempatan ini dengan memecahbelahkan PBB dan UMNO sekaligus BN.


Apakah maksud sebenar Kadir Jasin di sebalik ulasan beliau itu yang dilihat mempunyai maksud yang lebih menjurus kepada perpecahan komponen BN?
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
February 15, 2014 at 8:49 AM

dah tak laku. mulalah memberontak dulu bodek sampai masuk ke kepala otak. dunia, dunia punya dalam.

Anonymous
February 15, 2014 at 9:22 AM

Kesian, blogger otai pun termakan dengan tipu helah dari syarikat berita FASIK. Dah berapa banyak artikel yang dikeluarkan oleh portal berita ni yang nilai beritanya hanya taraf sampah, terpaksa minta maaf pada Tun Mahathir, Mukhriz dan Khazanah kerana salah laporannya. Tapi blogger otai yang jadi Tokoh Wartawan Negara boleh percaya pulak dengan sumber berita FASIK tu tadi... cukup memalukan...

Anonymous
February 15, 2014 at 9:39 AM

Otak dah ada Virus.....BAHAYA....!

February 15, 2014 at 6:07 PM

Kita jangan percaya dgn apa saja berita yg ditulis Malaysian Insider. Niat reporter2 tersebut hanya nak cari kesalahan Kerajaan BN.Tak beradap.Kadir pun terpalit dgn taik MI.

Anonymous
February 15, 2014 at 8:35 PM

Unta kadir klu betol....bodo jd kuda pakatan kencing rakyat...puiih

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger