JUMPA TYT PERALIHAN KUASA KETUA MENTERI SARAWAK MENGIKUT ATURAN TATATERTIB


Seminggu dan mungkin sebulan ini berita mengenai pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjadi topik perbualan hangat rakyat di kedai kopi mahupun di alam maya serta di dada-dada akhbar tempatan dan nasional termasuk televisyen.

Seperti lazimnya, berita siapa bakal pengganti menjadi topik utama di kalangan penganalisis politik sama ada di peringkat nasional mahupun tempatan dengan menyebut Menteri Tugas-Tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai calon favourite.

Malah, tidak ketinggalan pemimpin BN daripada Semenanjung khususnya UMNO dan PAS juga mengikuti perkembangan pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

PAS siap membuat sidang akhbar bagi membantah pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Yang diPertua Negeri Sarawak yang baharu. Walhal, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sendiri tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi TYT Yang diPertua Negeri Sarawak sebaliknya itu hanyalah permainan PAS.

Demikian pula dengan DAP Sarawak yang kini pasti tiada lagi isu politik yang membabitkan Ketua Menteri Sarawak dalam kempen politiknya bagi meracuni rakyat Sarawak khususnya kaum Cina dan Iban.

Seperti lazimnya, DAP mempergunakan personaliti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  sebagai serangan politik seperti mana yang ditunjukkan mereka semasa PRK Sibu, PRN Sarawak dan PRU-13.

Kini, sudah tiba masanya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur di tengah-tengah kemuncak kejayaan pemerintahannya membangunkan Sarawak sejak tahun 1981 di awal beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Mungkin bagi pembangkang, Ketua Menteri Sarawak itu seorang yang rakus dalam pemerintahannya disebabkan sikap kebencian yang ditanam dalam diri mereka, tetapi bagi ahli-ahli parti BN Sarawak serta majoriti rakyat Sarawak mengakui kejayaan pemerintahan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam membangunkan Sarawak sebaris dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Apa pun desakan pembangkang dan orang di sekelilingnya, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada hari Sabtu, 15 Februari ini untuk menyatakan hasrat persaraannya selepas 33 tahun berkhidmat.

“Saya akan berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Salahuddin pada 15 Februari. Tidak perlu terburu-buru kerana saya tahu apa yang perlu dibuat dan ia perlu dilakukan mengikut peringkat,” ujarnya.

Difahamkan juga pada perjumpaan itu nanti, Taib juga akan mengemukakan nama penggantinya.


Ditanya mengenai rancangan selepas persaraan itu nanti, Taib yang kelihatan agak gembira berkata, beliau tidak akan terus menyepikan diri sebaliknya akan cuba melakukan sesuatu yang berguna dalam kepada negara dalam bentuk kapasiti yang lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger