JAWATAN KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK PUN HANGAT LAGI PANAS


Di sebalik cerita hangat pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baharu dan TYT Negeri Sarawak yang baharu, jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak juga hangat apabila penyandangnya ADUN Semop, YB Abdullah bin Haji Saidol tamat pada 28 Februari 2014.

Seperti mana yang dilaporkan akhbar Borneopost, 27 Februari yang menyatakan daripada sumber dalaman PBB, bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dijangka akan melanjutkan jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak berdasarkan prestasi terbaik yang pernah ditunjukkan beliau sepanjang memegang jawatan itu.

Sejak dilantik memegang jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak banyak pembaharuan dan idea kreatif telah ditunjukkan beliau khususnya di dalam Persidangan DUN Negeri Sarawak biarpun hanya berlatarbelakangkan pengendalian saham dan sedikit pengetahuan undang-undang.

Bagaimanapun, pastinya apabila bertukar ketua maka berlaku pertukaran seperti mana lazimnya dalam setiap jabatan mahupun pemerintahan.

Dikhabarkan ada muka baharu yang ‘berminat’ untuk memegang jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak seperti mana yang pernah diketahui sebelum ini.

Malah, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem juga sebelum ini mengesahkan akan berlaku sedikit rombakan kecil dalam kabinet Sarawak.

Antara nama yang disebut-sebut ke jawatan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak itu ialah ADUN Jemoreng yang juga merupakan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Abu Seman Jahwi yang terkenal dengan tarian poco-poconya.

Seperti mana yang gembar-gemburkan penulis akhbar Borneopost, Abu Seman Jahwie ini mempunyai stamina yang tinggi dan ‘hubungan baik’ dengan rakyat apabila mampu menghadiri 5 program dalam masa sehari. Juga, mempunyai kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa di Sarawak.


Tidak keterlaluan juga dikatakan wajah Abu Seman Jahwi ini kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan Sarawak ketika mana menghadiri program di lapangan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 28, 2014 at 11:24 AM

"Sesiapapun yg akan dilantik sbg Ketua Polsec adalah prerogative KM" mematah kuasa2 lain dlm perkara tersebut.Senang bukan? KM ada kuasa.

Kita cuma bisa buat ramalan di kedai kopitiam.Dan juga pengendali2 blog pro-BN mengambil kesempatan melobi calon2 mereka.Bukan terhad kpd perlantikan Ketua Polsec.Luas sekali.

Bagi pemerhati spt penulis pengganti kpd Abdullah Saidol bukan isu hangat.It's a parcel of a political routine.Not all deserved special attention.But a handful of hopeful only.

Isu yg lebih mendesak utk dibangkitkan ialah "apa dah jadi dgn resolusi konvensyen PBB yg lepas"? Kemana "membership drive"? Apa jadi kpd semangat berkobar2 nak "gempur" di semua kawasan PBB?Dan banyak lagi.Kita tertunggu2 bila lagi Ketua Polsec nak buat lawatan di seluruh Sarawak.Jgn hanya melawat satu dua kawasan terpilih saja.Tak adil.Tak menepati janji.

Lagi satu.Taib akan melepas jawatan Presiden PBB. "Vacuum" akan diisi Adenan?Kalau "ya" bila nak dibuat? oleh siapa? (Pembaca boleh tolong tak komen sikit?)

KM baharu akan lebih selesa dikelilingi individu2 yg beliau menaruh kepercayaan.Individu yg bukan saja kompeten dan "pandai berahsia",tidak celupar,tidak sombong tetapi disenangi semua kawan atau lawan,seorg yg versatile yg punya political qualities yg terbaik ...pendekata "a rare politician". (Jgn dipilih ahli bodek,perasuah,makan rasuah,dan semua yg sewaktu dgnnya.)

Last: KM jugalah berkuasa memilih.

sekadar pandangan 50sen.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger