IMEJ MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA TERCEMAR ANGKARA KEBIADAPAN TERESA KOK


Bukan saja imej DAP malah imej masyarakat Cina di Malaysia juga tercemar angkara kebiadaban Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang degil memohon maaf serta mengaku bersalah atas penerbitan video kontroversi Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Ini kerana video itu secara langsung membawa imej Cina yang kebetulan dibuat pada Sambutan Tahun Baharu Cina yang semestinya merosakkan perayaan dan imej Cina pada perayaan kali ini.

Ini diakui oleh beberapa pemimpin dan wakil NGO’s yang mewakili masyarakat Cina di Malaysia susulan daripada sikap Teresa Kok yang degil dan biadap.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, sikap Teresa tersebut menjelaskan lagi bahawa perjuangan hakiki parti cauvinis Cina itu kini bersifat perkauman dan mempromosikan prasangka terhadap integrasi kaum.

"Teresa merupakan ahli DAP yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa dan sokongan rakyat tanpa memikirkan isu sensitiviti antara kaum.

"Hal ini bukan sahaja memalukan anggota DAP lain yang lebih 50 peratusnya adalah orang Cina, malah seluruh masyarakat Tionghua di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Cheng Guan berkata, kedegilan yang ditunjukkan Teresa itu juga mencerminkan dirinya seorang yang tidak bertamadun.

"Jika dia (Teresa) seorang manusia yang bertamadun, dia tidak akan menghasilkan video tersebut dan sekiranya sudah buat salah, cepat-cepat minta maaf.

"Tunjukkan diri anda sebagai Ahli Parlimen, bukannya pelakon komedi yang terdesak untuk mencari publisiti," ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung, Persatuan Cina Muslim (Macma), Ann Wan Seng berkata, sebagai pemimpin, Teresa seharusnya mempromosikan isu membentuk perpaduan dan kesejahteraan, bukan mewujudkan provokasi melalui kenyataan tidak berasas untuk kepentingan politik.

"Gambaran beliau tentang keadaan negara melalui video itu perlu diperbetulkan kerana ia tidak sedikit pun mencerminkan keadaan sebenar yang pada hakikatnya, negara kita aman damai.

"Disebabkan itu, imej negara sekelip mata telah tercemar ekoran kesilapan fakta yang ditonjolkan dalam video itu. Video itu boleh disaksikan seluruh masyarakat dunia kerana ia ditayangkan secara terbuka di laman Youtube," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden, Pertubuhan Hak Belia, Sheen Yee Aun berkata, tindakan Teresa adalah tidak adil kepada masyarakat negara ini khususnya kaum Cina.

"Pendapat saya, Teresa seolah-olah tidak menghormati kaum Cina kerana cuba mewujudkan sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat ketika kaum Cina sedang menyambut Tahun Baharu Cina," katanya.

Tambahnya, jika negara dipimpin oleh pemimpin yang berkepentingan politik seperti Teresa, tidak mustahil negara akan menjadi mundur pada masa akan datang.


Benar kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada Teresa Kok.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 17, 2014 at 4:04 PM

Ini macam cerita Ali Baba Bujang Lapok dan 40 penyamun. Celaka punya penyamun rosak agenda aku (DAP) hendak pengaruhi melayu sebab sikap Tereka Kok. Faham-fahamkan maksud saya wahai melayu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger