GEMBIRANYA ANWAR IBRAHIM SEMASA BERADA DI JEPUN


Selepas kegagalan bertandang ke Jepun sebelum ini, Anwar Ibrahim sekali lagi mencuba dan terus mencuba memasuki Jepun.

Hasilnya beliau berjaya memasuki Jepun biarpun tanpa campur tangan kerajaan Malaysia seperti mana yang pernah didakwa Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa penahanannya tidak dibenarkan masuk ke Jepun adalah angkara kerajaan Malaysia.

Selepas berjaya memasuki Jepun, nama Anwar Ibrahim terus megah di Jepun dengan pelbagai paparan di akhbar tempatan seperti mana yang diperbesarkan Suara Keadilan milik PKR.

Berikut adalah beberapa tajuk utama semasa kehadiran Anwar Ibrahim ke Jepun;

Anwar Ibrahim antara pemimpin berkarisma dikenali ramai di Asia yang cuba membawa perubahan sosio-politik di Malaysia lapor media Jepun.
JB Press.

“Beliau dikenali kerana dengan pidatonya seperti ‘bintang rock’ bagi dunia politik hingga mampu membangkitkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” tulis JB Press.

Anwar Ibrahim merupakan tokoh penting yang berusaha memimpin perubahan bagi mengubah lanskap politik selepas Malaysia diperintah hampir 60 tahun oleh parti yang sama semenjak kemerdekaan.

Semasa di Jepun, Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan bertajuk “Muslim Democrat: The Case of Malaysia” dalam majlis anjuran The Sasakawa Middle East Islam Fund di Tokyo, Jepun.

Tambah laporan tersebut, pandangan rakyat Malaysia yang mahu menukar kerajaan, mengubah sistem pilihan raya kepada lebih bebas dan adil selain kritikan terhadap pentadbiran yang rasuah mendapat sambutan luas di kalangan generasi muda.

“Kemungkinan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya akan datang tidak boleh dinafikan,” tulis laporan tersebut.


Hadir sama dalam delegasi itu ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Khalid Jaafar.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger