#DAPBiadap TAMPAR MUKA TERESA KOK: DAP SALAHKAN NGO’s ISLAM


DAP Sarawak membuat laporan polis terhadap Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ini berikutan tindakan Teresa Kok yang biadap dan enggan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan video kontroversi yang dimuat naik pada perayaan Tahun Baharu Cina lepas.

Susulan daripada video itu, Teresa Kok telah digesa untuk menarik balik dan memohon maaf, tetapi disebabkan keangguhannya yang enggan menerima tawaran rakyat Malaysia menyebabkan beliau telah menjadi sasaran kebencian rakyat Malaysia termasuk masyarakat Cina sendiri.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen ganjaran daripada pihak terbabit adalah salah satu bentuk jenayah yang bukan hanya berunsur ancaman, tetapi juga uguta jenayah.

Ganjaran itu sudah disiarkan lebih 24 jam, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Sehingga petang semalam, ganjaran yang diberikan kepada individu yang berjaya menampar Teresa Kok dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200. Dan, adalah tidak mustahil ganjaran itu akan meningkat dan terus meningkat.

Tambah Chong, tawaran seperti itu sepatutnya tidak berlaku di Malaysia. Namun, ianya tidak dapat dibendung lagi dengan melihat apa yang telah Teresa Kok lakukan sebelum ini.

Namun, apakah Chong tidak menyedari bahawa Teresa Kok yang memulakan perbalahan ini dengan menyiarkan video yang menghina rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Sebagai rakan dalam DAP, Chong seharusnya menasihati Teresa Kok supaya menarik balik video dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Susah sangatkah nak mohon maaf atas perbuatan bodoh yang telah dilakukan itu?

Kemarahan masyarakat Melayu ada hadnya dan kedegilan Teresa Kok memahami budaya masyarakat berbilang kaum khususnya orang Melayu telah menyebabkan rakyat marah.

Tidak cukup dengan itu, Chong memberikan amaran kepada polis agar membuka siasatan ke atas kes ini yang jelas ia perbuatan jenayah.

“Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa 12 jam dan sesuatu berlaku kepada Teresa Kok, polis patut bertanggungjawab kerana mengabaikan perkara ini


Apakah dalam keadaan sekarang, perbuatan pemimpin DAP itu wajar dihalalkan walaupun secara terang memecah perpaduan dan menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger