BERANIKAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA AMBIL TINDAKAN KE ATAS TERESA KOK?


Isu melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak berkesudahan apabila bekas pembantu peribadinya, Tony Tan, 50, meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap bekas majikannya kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Menurut Tony, Teresa Kok banyak melakukan 'perkara tidak betul' dan melanggar perlembagaan parti dan sebab itu saya mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan kesalahan Teresa Kok.

"Saya pernah bertanya kepada Teresa Kok mengenai duit derma parti Januari lalu, tetapi masih tidak dijawab dan di mana duit derma tersebut masih menjadi tanda tanya. Saya juga hendak menjelaskan, Teresa juga telah gagal untuk melaporkan aktiviti tahunan DAP Seputeh kepada ROS.

Tony berkata, beliau menjadi pembantu peribadi Teresa Kok dari tahun 2004 sehingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.

Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka diadakan minggu depan.

Dakwanya lagi, "...selain itu banyak lagi penyelewengan lain yang Teresa lakukan dan saya berharap ROS meneliti dokumen yang saya hantar dua," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Tony turut berharap ROS dapat melakukan mengambil tindakan ke atas Terasa bagi memastikan DAP bersih daripada segala 'kekotoran' yang berada di dalam parti tersebut.

"...saya berharap ROS guna kuasanya untuk menahan Teresa kerana beliau banyak melakukan onar dan penyelewengan di dalam parti DAP," tegasnya.


Dengan segala bukti penyelewengan yang ada dan dibantu oleh pengadu yang sememangnya rapat dengan Teresa Kok ini maka kelayakan mengambil tindakan terhadap isu ini wajar dibuka dan diselesaikan segera oleh pihak berwajib.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger