BELUM SEMPAT #AnwarMBSelangor PEKERJA PKNS DIPECAT DAN DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA


Kekecohan yang melanda Kerajaan Selangor nampaknya kian parah apabila 20 pekerja kontrak PKNS dipecat dan diberhentikan.

Sebelum ini, arahan Menteri Besar Selangor ke atas dua pegawai kanannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum selesai dan kini melibatkan 20 pekerja kontrak PKNS.

Tanpa sebarang pampasan dan makluman awal, kesemua 20 pekerja PKNS itu diberhentikan serta-merta berdasarkan surat yang diberikan.

Ini merupakan suatu usaha menidakkan hak asasi manusia dan mengabaikan kebajikan pekerja serta mencerminkan majikan yang tidak berhati perut.

Tindakan tersebut mengejutkan kakitangan yang menganggap penamatan tersebut tidak wajar kerana tiada notis pemberitahuan dan alasan munasabah diberi oleh syarikat.

Seorang mangsa dan bekas kakitangan PKNS Holdings berkata, mereka dipanggil berkumpul pagi semalam dan telah menerima surat penamatan kontrak daripada pihak pengurusan.

Menurutnya, tindakan mengejut itu difahamkan adalah arahan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun alasan yang diberikan dianggap tidak munasabah dan kejam daripada syarikat milik kerajaan negeri.

“Kami kecewa kerana kami adalah kakitangan profesional dalam bidang kepakaran masing-masing, tapi kini dilihat menjadi tempias kepada masalah dalaman politik kerajaan negeri dan PKNS,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mereka adalah dari Jabatan Kewangan, Sumber Manusia, Hospitaliti, Pemasaran, Perhubungan Strategik, ISO dan Perniagaan yang telah berkhidmat antara tiga bulan dan 18 tahun dan masih mempunyai kontrak di PKNS Holdings.

Seorang lagi bekas kakitangan PKNS Holdings berkata, mereka tidak diberi peluang dan pembelaan sewajarnya dalam perkara ini sehingga menutup periuk nasi dan rezeki.

Katanya, tindakan ini tidak boleh terima dan penamatan ini telah mencatat sejarah syarikat apabila sebuah syarikat milik Melayu menganiayai  kakitangan tanpa pembelaan.

“Janganlah disebabkan kita marah kepada orang lain, orang lain yang menerima akibatnya.

“Apa yang kami tanggung sekarang tidak mencerminkan sikap PKNS yang sepatutnya membela rakyat tetapi sekarang adalah di sebaliknya,” katanya yang berpengalaman 18 tahun dalam sumber manusia.

Jelasnya lagi, sebagai sebuah syarikat milik kerajaan, tidak mudah bagi sesebuah syarikat bertindak memecat kakitangannya walaupun masih mempunyai kontrak atau tidak.

Seorang lagi mangsa keadaan dari Jabatan Sumber Manusia berkata, sebelum ini sememangnya ada pelan untuk penstrukturan PKNS semula tetapi tiada rancangan untuk memecat kakitangan.

“Kami berkorban bekerja untuk PKNS kerana mahu berkhidmat untuk kerajaan walaupun mempunyai pekerjaan tetap sebelum ini.


“Tetapi apa yang dilakukan oleh PKNS sangat tidak wajar. Kami rata-ratanya yang mempunyai kemahiran masing- masing adalah untuk membantu PKNS menjadi sebuah organisasi yang lebih baik tetapi telah menerima layanan buruk,” katanya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

aku
February 5, 2014 at 2:25 PM

dulu depa-depa ni undi mana?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger