BANTAH PEHIN SRI JADI TYT SARAWAK: PKR SARAWAK SERAH MEMORENDUM KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA


Selepas selesai spekulasi pengunduran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak, suatu lagi isu muncul hingga menimbulkan rasa tidak senang Pakatan Pembangkang Sarawak.

Selepas PAS Pusat membantah pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak kini giliran PKR Sarawak menyerahkan memorendum bantahan kepada Majlis Raja-Raja.

Memorendum itu telah diterima Penolong Setiausaha MRR Datuk Sabtu Awab di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hanya 3 orang PKR Sarawak yang hadir bagi menyerahkan memorendum itu yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zulrusdi Mohamad Hol, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari dan Iswardy bin Morni.


Dalam memorendum itu mereka secara terang mengatakan mewakili kaum Melayu dan Melanau. Benarkah mereka ini Melanau atau sengaja mahu mengaburi rakyat? Difahamkan mereka ini Melayu Sarawak dan tidak mewakili keseluruhan atau majoriti Melayu Sarawak.

Ahmad Nazib mengharapkan memorendum itu akan mendapat perhatian dan dibawa dalam perbincangan Mesyuarat MRR yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Februari ini.

Seolah-olah PKR Sarawak ini memerintah Sarawak mereka tidak segan silu telah mengemukakan calon alternatif yang dikira layak diangkat sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak, antaranya bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapa dan bekas YDP Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohidin.

Dengan hanya 3 orang pemimpin sahaja yang menyerahkan memorendum itu, ia sekali gus tidak mewakili keseluruhan PKR Sarawak. Bagi kebanyakan ahli PKR Sarawak mereka mengakui selama pemerintahan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Sarawak telah membangun dan maju serta berjaya menempatkan negeri termaju di Malaysia.

Hanya pemimpin PKR Sarawak saja yang kurang senang dengan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

February 20, 2014 at 9:41 PM

hehehehe...itulah kerja pkr sebenarnya. bantah, bantah dan bantah. apa yg pkr boleh buat selain bantah? tanpa bantah, pkr boleh mati ooooo!!!

Anonymous
February 20, 2014 at 11:25 PM

PI MAMPOSlah PKR !

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous
March 2, 2014 at 12:21 AM

bantah takpe.. jgn barang naik bodo

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger