#AnwarMBSelangor PKR LANGGAR AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA


Sepatutnya setiap wakil rakyat yang dipilih rakyat menerusi undi pilihan raya yang sah wajib berkhidmat selama sepenggal atau 5 tahun mana yang terdahulu sekiranya beliau meninggal dunia atau dipenjarakan disebabkan kesalahan jenayah.

Tetapi, dalam situasi wakil rakyat DUN Kajang jelas melanggar demokrasi sekali gus satu pencabulan demokrasi yang besar di Malaysia. Ini seharusnya tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia khususnya pengundi di DUN Kajang.

Selain tidak dapat memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat, peletakan jawatan ADUN secara serta-merta dilihat memperbodohkan rakyat dan pengundi DUN Kajang.

Kejadian di Kajang, Selangor itu diharap akan membuka mata rakyat untuk tahu perangai sebenar pembangkang yang bersifat individu, bukan untuk kepentingan rakyat.

“PKR yang melanggar sistem demokrasi yang dipilih rakyat kerana ada pemimpin PKR yang rakus untuk jawatan. Dulu cita-cita nak jadi PM (Perdana Menteri) sekarang MB (Menteri Besar).

“Buka mata siapa yang melaksanakan demokrasi dan siapa yang sering menipu rakyat?


Jika dahulu Anwar bercakap fasal demokrasi tetapi kini apabila beliau telah mencabul demokrasi maka tiada siapa pun di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Persatuan Peguam Malaysia mahupun BERSIH yang berani menegur Anwar dan terpaksa angguk dengan kehendak Ketua Umum PKR itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger