#AnwarMBSelangor KEPUTUSAN ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI DUN KAJANG DISEBABKAN POLITIK SEMASA SELANGOR


Suka atau tidak, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR akan bertanding di DUN Kajang.

Itulah yang boleh disimpulkan Anwar kepada para penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang berhubung keputusannya bertanding di DUN Kajang.

Selain merupakan kejutan kepada politik tanah air, keputusan mengosongkan DUN Kajang sememangnya telah dirancang sejak sekian lama untuk diberikan kepada Anwar.

Justeru, penyandang DUN Kajang sebelum ini Lee Chin Cheh yang menang dalam PRU-13 lepas boleh dianggap sebagai boneka dan sekali gus memperbodohkan pengundi DUN Kajang.

Sebab lain yang diberikan Anwar ialah tekanan politik semasa yang berlegar di Selangor khususnya yang membabitkan PKR Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Anwar berkata demikian di hadapan kira-kira 200 penyokongnya di Parlimen Permatang Pauh.

Sepanjang kira-kira 45 minit berucap, Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.


Selain itu, Anwar juga menuding jari kepada Khalid Ibrahim yang dilihat gagal dalam menyelesaikan banyak isu rakyat seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, masalah gereja dan rampasan Bible versi bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah dan isu air yang sehingga kini gagal diselesaikan menyebabkan beliau terpaksa campur tangan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger