#AnwarMBSelangor DEMI ANWAR IBRAHIM RAFIZI SANGGUP LAGAKAN PEMIMPIN BN


Belum lagi SPR bermesyuarat untuk menentukan pilihan raya dan PKR mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon serta kemenangan Anwar untuk jawatan Menteri Besar Selangor memaksa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalih pandangan rakyat dengan melagakan pemimpin-pemimpin BN demi memenangkan mutlak Anwar Ibrahim.

Jika Anwar Ibrahim kalah dalam PRK DUN Kajang kali ini bermakna jawatan Rafizi sebagai Pengarah Strategi pasti akan tergugat kerana strateginya tidak menjadi menjadi dan gagal.

Atas sebab itu, seperti mana kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang mereka sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong dan menyebarkan fitnah demi kelangsungan politik mereka.

Pasti yang menjadi mangsa kerakusan politik mereka ialah rakyat yang secara terang diperdaya dan dibohongi dan pemimpin yang selama ini bekerja untuk rakyat.

Terbaru Rafizi telah menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan keterlaluan apabila sebagai dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini dengan komen yang keterlaluan.

Pelbagai isu yang melanda negara ketika ini dengan kebanyakannya ciptaan Pakatan Pembangkang seperti GST, kenaikan harga barang, kalimah Allah dan sebagainya.

Dengan menjadikan isu ini sebagai modal untuk pembangkang menghentam kerajaan sekaligus memberikan imej yang tidak baik kepada kepimpinan Najib Razak.

Tuduhan itu tidak dapat diterima pemimpin UMNO yang melihat tindakan Rafizi itu suatu tuduhan yang tidak dapat diterima akal.


Bagi menutup kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam PKR sekarang ini telah memaksa Rafizi terpaksa melakukan apa saja termasuklah menuduh kepimpinan BN goyang seperti mana yang berlaku dalam PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger