#AnwarMBSelangor ANWAR IBRAHIM KRITIK BN TIADA CALON KREADIBILITI BERTANDING DI DUN KAJANG


Mendengar nama Lee Chong Wei, tergelak Anwar Ibrahim kerana jaguh badminton itu bukan tandingan beliau di PRK DUN Kajang.

Secara berseloroh, jelas Anwar Ibrahim jika bertanding perlawanan badminton pasti beliau akan kalah, tetapi dalam pilihan raya berlaku sebaliknya.

Kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada BN yang sehingga kini masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding di DUN Kajang.

Desas-desus mengatakan BN akan menyenaraikan Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai sebagai calon memandangkan itu kerusi MCA masih belum diputuskan sehingga SPR akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon, masa berkempen dan tarikh pembuangan undi.

Bagaimanapun, dijangka beberapa calon Bebas akan muncul yang pastinya menggusarkan Anwar Ibrahim dengan kebanyakan daripada mereka merupakan bekas rakan karib Anwar sendiri.

Seperti mana dalam sesi penerangan kepada penyokongnya berhubung kesediaannya bertanding di DUN Kajang, beliau menjelaskan ini semua demi kepentingan dan kemantapan Kerajaan Selangor.

Mengakui wujudnya masalah peringkat Kerajaan Selangor, permasalahan yang ada itu perlu dipulihkan dari awal bermula sekarang.

“Kita mahu kuatkan lagi Selangor, Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) buat kerja bagus dan kita kena jadikan beliau sebagai model, tetapi dia diserang dengan kuat.


Nampaknya jelas kini Anwar bukan mahu bekerja untuk rakyat sebaliknya menjadikan politik dan pilihan raya ini untuk menghabiskan wang rakyat serta meraih populariti yang kini telah turun mendadak akibat diusir oleh kerajaan Jepun.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 4, 2014 at 3:18 PM

Anwar memang berkreadibiliti sebab mempunyai video seks bersama lelaki dan perempuan.

Anonymous
February 4, 2014 at 3:23 PM

saya cadangkan senator ezam mohd nor bertanding lawan dsai.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger