ADENAN SATEM TERIMA PELANTIKAN JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK


Selepas 3 hari mendiamkan diri dan hampir seminggu berdiam diri berhubung spekulasi bakal pengganti Ketua Menteri Sarawak akhirnya empunya diri membuat sidang media bagi menjawab segala pertanyaan yang bermain di kepala wartawan dan media.

Jam 4.00 petang bertempat di Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem tampil mengadakan sidang media bagi merungkai segala persoalan yang bermain di kalangan wartawan dan rakyat.

Ditemani dua orang anaknya dan Ahli Parlimen Sibuti, YB Haji Ahmad Lai sidang media yang diadakan itu telah mendapat liputan meluas daripada pelbagai media tempatan mahupun nasional serta media asing yang inginkan jawapan daripada Adenan Satem sendiri setelah sekian lama mendiamkan diri.

Perkataan pertama yang dikeluarkan Adenan pastinya ucapan syukur di atas pelantikan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas kepercayaan memilihnya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Adenan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-5 pada 28 Februari ini sejurus Pehin Sri Abdul Taib Mahmud secara rasmi meletak jawatan pada tarikh yang sama.

Dengan soalan yang bertalu-talu daripada kalangan wartawan media cetak dan elektronik, Adenan tenang menjawab segala persoalan dengan disusuli gelak tawa dan senyuman tanda syukur.

Ditanya apakah tugasan pertama yang akan dipikul selepas memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari nanti, Adenan segera menjawab beliau mempunyai perancangan tersendiri dan akan meneruskan kesinambungan perancangan yang telah dan sedang dilaksanakan Taib Mahmud.

Semestinya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu beliau akan terus memajukan Sarawak dengan pengalaman dan kemahiran yang ada dengan kerjasama menteri-menteri kabinet.


Beliau tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghubungi dan menghantar sistem pesanan ringkas sejurus mengetahui dirinya telah dinamakan sebagai pengganti Ketua Menteri Sarawak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger