ABDUL KHALID IBRAHIM ‘MARAHKAN’ HASIL KAJIAN UMCEDEL




Susulan daripada hasil dapatan Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang merekodkan 59 peratus pengundi di DUN Kajang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggantikan kerusi menteri besar, Khalid Ibrahim ‘marahkan’ hasil kajian itu dan menyifatkan itu hanyalah kajian akademik semata-mata dan bukan kehendak sebenar rakyat.

Sambil menegaskan tinjauan UMCEDEL itu bersandarkan kajian semata-mata, bukan perbincangan dipersetujui kesemua pimpinan komponen dalam Pakatan Pembangkang.

Respons Khalid Ibrahim ini menafikan dapatan kajian UMCEDEL itu seolah-olah penolakan rakyat terhadapnya dan mahukan posisi beliau digantikan.

“Kita tidak boleh gunakan maklumat itu untuk memutar belitkan keinginan, kerana ia bukanlah kajian menyeluruh.

Ada rakyat ditanya dan ada rakyat tidak terlibat dalam kajian itu. Saya anggap status kajian akademik oleh Universiti Malaya itu bukanlah suara majoriti rakyat dan pengundi di Kajang.

Sebelum ini, dapatan kajian UMCEDEL mendapati pengundi menyokong PRK DUN Kajang diadakan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi menteri besar.

Menurut Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, sebanyak 59 peratus pengundi di Kajang menyatakan keperluan PRK diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar di negeri itu, manakala 17 peratus tidak bersetuju dan 24 peratus tidak pasti.


Dalam kajian itu, seramai 576 responden diambil dari pelbagai latar belakang oleh UMCEDEL bagi mendapatkan hasil kajian.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger