ABDUL HADI AWANG TERDESAK NAK SELAMATKAN DIRI DARI BAYAR RM 2 JUTA


Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memerintah tertuduh, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Ini susulan daripada kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, di Mahkamah Tinggi.

Biarpun mahkamah telah membuat keputusan bahawa Abdul Hadi Awang telah bersalah atas kenyataan fitnah dan diperintah membayar saman, tertuduh masih boleh membuat permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Terdesak untuk menyelamatkan diri daripada membayar wang RM2 juta, Abdul Hadi Awang terpaksa memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar.

Permohonan itu akan difailkan peguam PAS, Asmuni Awi, untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikeluarkan mahkamah Ahad lalu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Nasrudin Mohamed, merekodkan penghakiman itu selepas membenarkan permohonan Mohd Shamsul melalui peguamnya, A Vasudevan.

Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Hadi (defendan) di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan dia berdepan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon PAS di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon dalam pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 26, 2014 at 10:21 AM

sudah start nk ikut jejak anwar al-juburi..naik turun mahkamah, jatuh hukuman-fail rayuan, esok buat kes lain plak..kes yg sebelum ni pn belom slesai lagi buat kes baru.. itu ke pemimpin melayu pakatan haram?
>aku melayu rasis

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger