ABDUL AZIZ ISA ISYTIHAR KEAHLIAN DAP TUPONG 75% MELAYU MANAKALA 25% IBAN BIDAYUH DAN CINA TANPA JUMLAH SEBENAR


Seolah-olah mencari publisiti, Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak yang juga pengendali kepada pusat khidmat DAP DUN Tupong, Abdul Aziz Isa telah menghubungi Utusan Borneo menerusi SMS bagi memberitahu keahlian semasa ahli DAP Cawangan Tupong.

Jelas Aziz lagi, meskipun telah dibuka sejak 5 bulan lepas, Pusat Khidmat DAP DUN Tupong menerima sambutan baik segenap lapisan masyarakat di kawasan itu dengan keahlian terkini terdiri daripada 75 peratus Melayu, sementara 25 peratus ahli adalah Iban, Bidayuh dan Cina.

Bagaimanapun apabila ditanya jumlah sebenar ahli-ahli DAP DUN Tupong mengikut angka, Aziz menyatakan itu adalah perkara sulit.

Justeru, angka peratusan yang diberikan Aziz itu tidak mencerminkan jumlah sebenar kerana tidak disertakan dengan angka keseluruhan.

Menjadi kelaziman DAP menyatakan pembukaan Pusat Khidmat DAP Kawasan Dun Tupong ini telah memberi impak yang sangat besar kepada parti lawan terutamanya PBB.


“Malah daripada aduan yang saya terima, pusat khidmat PBB di Lee Ling Matang selalu ditutup, maka mereka (masyarakat setempat) berpaling arah kepada DAP untuk meminta bantuan,” katanya melalui SMS kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger