ABANG ZOHARI SAMBUT BAIK PELANTIKAN ADENAN SATEM SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK


Pemilihan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu bagi menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang akan berundur pada 28 Februari 2014 sedikitpun tidak mengecewakan Timbalan Presiden PBB merangkap Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Menurut Abang Zohari, selaku Timbalan Presiden PBB 2, beliau menyambut baik pemilihan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri atas perkenan Presiden PBB, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Mengenepikan keutamaan peribadi, Abng Zohari menegaskan semangat perpaduan dan permaufakatan yang jitu, dengan mandat penuh yang diberikan Presiden melambangkan barisan kepimpinan PBB sentiasa diutamakan sejajar dengan kehendak rakyat.

Lebih tepat lagi, kedaulatan dan keutuhan Sarawak juga Malaysia adalah lebih penting lebih-lebih lagi dalam landskap politik yang mencabar menjelang PRN Sarawak Ke-11 kelak dan PRU-14 akan datang.

Seperti mana lazimnya, Abang Zohari percaya tokoh-tokoh kanan PBB dan BN di bawah kepimpinan Adenan Satem kelak akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang diletakkan Taib Mahmud menjelang tahun 2030.

Laungan keramat perjuangan adalah pengorbanan dengan pangkat dan darjat bukanlah keutamaan malah keselesaan rakyat adalah impian.


Dan, kini sudah tiba masanya PBB sebagai tunjang utama BN Sarawak bersama dengan kompenan BN seperti SUPP, PRS dan SPDP di peringkat akar umbi untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger