YUKTESVARAN A/L MALAIPAN DEDAH KEKAYAAN SEBENAR ANWAR IBRAHIM


Di kala rakyat membantah kenaikan harga barangan di Malaysia sehingga mengadakan demonstrasi haram dan ganas di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baharu 2014, kekayaan yang dimiliki Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah diselongkar.

Bertempat di Kafe Strawberry Fields sekitar 12.30 tengah hari semalam, bekas pembantu Shankara Nair (peguambela kepada Anwar Ibrahim) Yuktesvaran a/l Malaipan telah mengadakan satu sidang media khas bagi meringkai kekayaan yang dimiliki Anwar Ibrahim.

Pendedahan ini dibuat bukan untuk memfokuskan kepada kekayaan Anwar Ibrahim, tetapi sebaliknya bagaimanakah beliau memperolehnya dalam masa yang singkat? Juga sebagai serangan balas terhadap fitnah terbaru pembangkang yang mempersoalkan kekayaan yang dimiliki anak Rosmah Mansor.

Seperti yang diketahui, kekayaan anak Rosmah Mansor itu sebenarnya diperoleh daripada pelaburan jutaan ringgit dalam industri perfileman di Hollywood.

Yuktes berkata,"Sebagai seorang bekas banduan tidak mungkin dia boleh memiliki harta berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat. Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah di Dubai dan Amerika Syarikat akan tetapi beliau tidak pernah memiliki kelulusan akademik untuk menjadi pensyarah.”

Lebih mengejutkan dalam pendedahan itu, Anwar menurut Yuktes telah telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk perbelanjaan kes liwat yang melibatkan pakar forensik, DNA dan pakar untuk mengendalikan kes tersebut hanya semata-mata mahu membebaskan diri daripada tuduhan liwat.

Antara pendedahan lain yang dinyatakan oleh Yuktes ialah Anwar telah membayar RM109,000.00 setelah kalah dalam satu kes saman V Lingam dan beberapa kes yg lain melibatkan Hamzah Zainuddin dan Khairi.

Sekiranya segala kos yang diguna untuk mengendalikan kes Anwar ini ditanggung oleh Kerajaan Selangor maka ianya adalah satu kesalahan.

Yustes juga mendedahkan bahawa Anwar memiliki 3 pejabat di Dubai dan Amerika Syarikat di mana setiap pejabat dibayar USD 6,000.00 sebulan. Di samping itu Anwar juga membelanjakan berjuta ringgit untuk mengendalikan Ibu pejabat PKR Pusat.

Bukan setakat itu, DS Anwar memiliki sebuah rumah banglo di No 11, Jln 3/61, Bkt Segambut Dalam, Kuala Lumpur yang mana penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan nilai pasaran ketika dibeli adalah RM 7 juta.

"Beliau adalah peliwat, perasuah dan ejen CIA. Dana-dananya disalurkan oleh CIA. Beliau juga memiliki akaun simpanan di bank Al Barakah di mana beliau sendiri merupakan pengarah bank itu".

Yuktesvaran juga mendakwa bahawa Anwar telah membelanjakan berjuta ringgit untuk keluar negara menggunakan wang kerajaan Negeri Selangor. 

Lawatan luar negara tersebut langsung tidak membawa manfaat kepada pelaburan Negeri Selangor yang kini menjunam sehingga 80%.

Selain itu, Yustesvaran juga mempertikai kos perkahwinan anak Anwar yang mencecah sehingga RM 3 juta.

Yuktesvaran menyatakan bahawa sidang media ini adalah bertujuan untuk mendesak Anwar menjelaskan sumber dana yang diperoleh dan mencabar Anwar berdebat dengan beliau secara terbuka.

"Dua laporan polis telah dibuat berhubung penyelewengan Anwar Ibrahim serta penglibatannya dengan CIA tetapi belum ada tindakan daripada pihak polis".

Beliau percaya Anwar mempunyai ramai penyokong dalam beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang lain.


Pendedahan Yuktesvaran ini bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia bahkan penyokong Pakatan Pembangkang sendiri yang sebelum ini melihat kesederhanaan hidup Anwar itu.  
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
January 3, 2014 at 11:44 AM

Keling yang dipungut dari tepi jalan oleh Kaki2 Perempuan UMNO iaitu Rahim Thamby Chik, macam juga hantu UMNO ini , keling pariah Yuktes kenalah tengok muka hitam sebelum cakap mengenai politik.

Anonymous
January 3, 2014 at 11:46 AM

Keling yang dipungut dari tepi jalan oleh Kaki2 Perempuan UMNO iaitu Rahim Thamby Chik, macam juga hantu UMNO ini , keling pariah Yuktes kenalah tengok muka hitam dia sebelum cakap mengenai politik.

Anonymous
January 3, 2014 at 11:47 AM

Keling Sri Lanka yg nak naik kaya cepat

Anonymous
January 3, 2014 at 12:41 PM

LU TOK SAH CAKAP BANYAK. KALAU LU PUNYA UMOR BAWAH 30 TAHUN APA LU TAU PASAL ITU ANU WAR PELIWAT. LU PI TANYA DIA APA DIA BUAT MASA DALAM KERAJAAN DAN UMNO SELAIN DARI MENABOR DUIT KEPADA PUAK-PUAKNYA. KALAU LU TAK TAU ITU PINK FORM, LU TAK USAH PERSOAL ORANG LAIN LA. AKU HIDUP GENERASI MASA ANUWAR IBRAHIM DALAM KERAJAAN MA. NAK HERAN APA, KALAU LIWAT DIA SANGGUP BUAT, ZINA DENGAN BINI PEGAWAI SENDIRI DIA BOLEH BUAT, ZINA DENGAN PELACOR DIA SANGGUP BUAT YANG SEMUA ITU HUKUM HUDUD DALAM ISLAM, APA NAK HERAN KALAU DIA JADI AGEN CIA YANG BERPERANAN MENJAHANAMKAN NEGARA UNTUK DIA NAIK JADI PM.

Anonymous
January 3, 2014 at 12:43 PM

Bukankah majoriti peguam anuwar pun keling ka????

Anonymous
January 3, 2014 at 5:23 PM

Betul tu bro, budak2 cekur jerangau bukan kenal sapa Anwar ni, diorang cuma sedap dibuai dgn cakap2 Anwar yang bunga saja lebih tapi isi satupun takdak!

Anonymous
January 11, 2014 at 12:33 AM

syabas bro, telinga kita mesti mau besar macam gajah, lidah kita mesti bercabang macam ular, baru kita bolih jadi macam anwar,


Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger