WUJUDKAN SEMULA ‘ISA’ BAGI MENANGANI KEJADIAN MEROSAKKAN NEGARA


Melihat kepada keadaan negara yang kurang stabil pastinya ada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas ketidaktentuan ini untuk mencetuskan huru-hara dalam negara seperti mana yang berlaku dalam Himpunan Guling Kerajaan pada malam ambang sambutan tahun baharu 2014.

Begitu juga dengan isu yang kini menghantui umat Islam dan Kristian di Malaysia berhubung kalimah Allah yang dilihat memasuki proses klimaks.

Dengan keadaan yang kucar-kacir ini adalah tidak mustahil ‘orang luar’ akan mengambil kesempatan ke atas permasalahan ini yang terus melanda rakyat Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.

"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.


Melihat sejak ISA ini dimansuhkan pelbagai kejadian dan peristiwa yang telah memburukkan negara telah berlaku dan ini tidak bagus kepada ekonomi dan perpaduan sosial negara di masa depan menjelang negara maju tahun 2020.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 10, 2014 at 9:52 PM

Aku sokong 101% ISA dikembalikan. Aku dah bosan dengan bangsat bangsat yang tinggal di tanah air tercinta ni.

January 12, 2014 at 9:33 AM

Tajuk yg lebih tepat "ISA dikembalikan"(Bring back ISA).Wujudkan semula membawa maksud "recreate" dlm Bahasa omputih.

Apapun elemen2 ISA yg dikekalkan dlm Akta Pencegahan Jenayah yg baru2 ini dibahas oleh Parlimen perlu diguna sepenuhnya.Sekurang2nya penahanan seminggu "suspect" ada juga kesannya.

ISA must be brought back!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger