TUTUP GIAT MARA: KERAJAAN SELANGOR MAHU HAPUS PENDIDIKAN MELAYU BUMIPUTERA


Bukan sahaja Giat MARA Selayang Baru sahaja yang telah diberi notis untuk ditutup dalam masa terdekat ini bahkan Giat MARA Sabak Bernam dan Kapar sudah menerima surat perpindahan daripada Kerajaan PKR Selangor.

Nasib 19 lagi pusat Giat MARA di Selangor terus menjadi tanda tanya apabila tiga daripada 22 buah pusat latihan itu sudah menerima notis arahan ditutup oleh kerajaan PKR Selangor pada akhir ini.

Menurut Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA), Nazir Hussin Akthar Hussin percaya semua Giat MARA akan menerima nasib sedemikian kerana itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan Selangor untuk menutup semu pusat latihan di bawah MARA menjelang akhir tahun ini.

Kami kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor. Mereka tidak sewajarnya menganggu Giat MARA memandangkan pusat latihan itu merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar miskin.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengakui desakan memaksa Giat MARA ditutup bertujuan kerajaan Selangor bercadang untuk menyerahkan tapak pusat Giat MARA di Taman Selayang baru kepada syarikat swasta.

Kerajaan Selangor memberi dua pilihan kepada Giat MARA iaitu menyerahkan tapak Giat MARA itu kepada swasta atau membenarkan Giat MARA di Taman Selayang Baru terus beroperasi dengan syarat pengurusan latihan tersebut memperbaiki kemudahan serta operasi mereka.

Apakah maksud sebenar Menteri Besar Selangor itu? Sedangkan ADUN DAP dan kerajaan Selangor sebelum ini telah mengeluarkan surat arahan supaya tapak Giat MARA itu dikosongkan.

Kerajaan Selangor sebeum ini telah memberikan tempoh kepada pengurus Pusat Giat MARA di Taman Selayang Baru untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,936 meter persegi yang menduduki pusat itu sejak 20 tahun lau tidak mendapat kebenaran.


Jika enggan, pihak Kerajaan Selangor tiada pilihan melainkan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger