SUDAH TERLAMBAT UNTUK MELAYU SELAYANG MENYESAL DAP SELANGOR TUNJUK SIKAP SEBENAR


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat MARA Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu sebaliknya berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat MARA. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat MARA. Itu prosedur biasa.

Persoalan, jika benar itu masalah tanah kenapa sebagai EXCO Negeri Selangor, Dr Halimah tidak membantu Giat MARA dalam menyelesaikan masalah ini sebaliknya hanya membiarkan Kerajaan Negeri Selangor yang disokong ADUN Selayang untuk merampas tanah itu?

Di manakah janjinya pemimpin Kerajaan PKR Selangor dalam menjaga kepentingan rakyat Melayu khususnya kini dalam aspek pendidikan?

Sebalikny, Dr Halimah secara selamba mengatakan rampasan tanah Giat MARA ini bukan pasal Melayu.

“Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat MARA Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, EXCO Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat MARA itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat MARA Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat MARA Kapar sedang menunggu hari.

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin seagama dan sebangsa di dalam Pakatan Pembangkang hanya melihat sahaja tanah dirampas dan pusat pendidikan dirobohkan demi menjaga kepentingan politik mereka.


Akhirnya, pemimpin DAP dan Kerajaan Negeri Selangor cuba untuk menggagalkan legasi yang telah ditinggalkan pemimpin BN sebelum ini demi menghambat rakyat ke arah kehidupan yang lagi sengsara.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

January 14, 2014 at 6:31 PM

DALAM KEADAAN MACAM INI PUN HAK MELAYU DIROBEK CINA SAYA PERCAYA MASIH RAMAI LAGI MELAYU MELAYU BEBAL DAN TONGONG DALAM PAS DAN PKR MASIH CINTA DAN KASIH PADA DAP.APA LA NAK JADI MELAYU MELAYU JENIS NI?

Anonymous
January 14, 2014 at 9:27 PM

Terlepas perahu bolih ditarik.
Terlepas kata buruk padahnya
Terlepas undi lu fikir sendiri.

Nak buat macam mana. Sendiri yang pilih.

Tunggu ada lagi macam2 yang belum diketengahkan. Ini belarutan sehingga PRU14.

Masa pilih kalau rasa elok dan serasi.

Sampai ketemu lagi diPRU14


Anonymous
January 14, 2014 at 9:45 PM

Nampak sangat Halimah Ali tak cerdik....tujuan kerajaan BN terdahulu memberi kebenaran penggunaan tanah adalah untuk tujuan latihan untuk anak2 melayu yg kurang bernasib baik dari segi akedemik....kalau kerajaan dahulu beri izin penggunaan tanah maka kerajaan sekarang harus menunjukkan sikap yg lebih baik.....bagi terus hak milik.....habis cerita

Anonymous
January 14, 2014 at 10:30 PM

Biarkanlah .... tu je cara nak ajar dan sedarkan melayu2 selangor yg selama ni sokong pr.

Anonymous
January 14, 2014 at 11:46 PM

Sepekara lagi...Tak sabar2 aku nak lihat cina DAP bangsat ni buang kakitangan awam yang rata ratanya bangsa melayu...

January 15, 2014 at 1:08 PM

Satu pengajaran buat Melayu/dan bumiputera.Dulu pernah tadika dikelolakan kerajaan BN ditutup kerajaan Pakatan.

Kita minta semua kerajaan negeri di bawah BN mengambil berat tentang isu2 tanah yg menempatkan bangunan2 institusi pendidikan,taman rekreasi,dewan/balai komuniti,termasuk tanah perkuburan dan banyak lagi institusi masyarakat yg masih menumpang di tanah2 kerajaan (tanpa hak milik tanah).Selesaikan masalah sekarang.Jgn dibiarkan Pakatan menentukan nasib institusi2 tersebut.Bertindak segera.

sedih sebab Melayu dlm Pakatan hanya pentingkan kuasa politik saja.Moral tergadai demi politik.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger