PM NAJIB PERLUKAN PENASIHAT BAHARU


Selepas PRU-13, Pakatan Pembangkang dan NGO’s propembangkang tidak mempunyai sebarang isu untuk menyerang kerajaan melainkan isu-isu kecil ciptaan sendiri sebagai propaganda berterusan mereka.

Namun, selepas pengumuman pengurangan subsidi minyak hinggalah sekarang ini pelbagai barangan dan perkhidmatan mengalami kenaikan telah menyebabkan rakyat bawahan sangat berasa beban.

Namun, itu semua dikatakan cadangan daripada penasihat Perdana Menteri yang mana ramai melihat cadangan itu sebenarnya membebankan rakyat. Justeru, rakyat mahu penasihat kepada Perdana Menteri itu digantikan.

Rakyat kini terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang serentak. Bagi yang berpendapatan tinggi mungkin mereka tidak berasa, tetapi bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, bebanan itu sangat luar biasa.

Begitu pun, pelaksanaan GST yang diumumkan kerajaan dan hanya akan dikuatkuasakan pada tahun 2015 suatu yang baik dan rakyat menerimanya. Cuma, rakyat mahu sesi penerangan yang mudah dan senang faham agar ia tidak dieksploitasi pembangkang.

Langkah menggantikan penasihat kepada Perdana Menteri ini dilihat sangat wajar memandangkan keadaan sekarang yang semakin tidak tenteram.

Selain dapat idea-idea baharu, penasihat Perdana Menteri yang baharu itu juga akan dapat memberikan cadangan yang baru di samping mengembalikan kegemilangan ekonomi negara.

Kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

Ketika ini rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

Oleh itu, kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger