#PKRKacauBilau RAFIZI TERPAKSA MOHON MAAF ATAS PERLAKUAN ANWAR IBRAHIM


Atas perlakuan Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di DUN Kajang, bukan sahaja rakyat menyampah bahkan keaibannya terpaksa ditanggung Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Akibatnya, Rafizi terpaksa memohon maaf terutama pengundi DUN Kajang kerana terpaksa melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) disebabkan sifat ketamakan Anwar dalam mengejar cita-cita politiknya.

Dengan PRK DUN Kajang ini, bukan sahaja akan membazirkan wang rakyat, tetapi juga menyerlahkan betapa PKR dan Pakatan Pembangkang kini mempermainkan kepercayaan yang telah diberikan rakyat pada PRU-13 lepas.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Pembangkang dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.

Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Pembangkang di Kedah sebelum ini.

Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Pembangkang untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.


Yang pasti, rakyat menjadi mangsa kepada kerakusan pentadbiran Kerajaan PKR demi mencapai cita-cita politik mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger