#PKRKacauBilau KENYATAAN MEDIA AMK DAN PKR SELANGOR BERCANGGAH SUSULAN MAHU MENCALONKAN ANWAR IBRAHIM


Lihat sahaja kedua-dua kenyataan media yang dibuat AMK Malaysia dan PKR Selangor yang dilihat sangat berbeza dan tidak bersependapat.

Secara jelas menggambarkan bahawa kedua-dua parti politik yang bernaung atas nama PKR itu masing-masing mementingkan kuasa berbanding kemahuan dan keperluan rakyat.

Inilah wajah-wajah pembangkang...


KENYATAAN MEDIA

27hb Januari 2014

AMK HANYA SETUJU ANWAR IBRAHIM MENJADI CALON

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang.

Tentunya tindakan ini diambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Pembangkang menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar.

AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihan raya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihan raya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia


KENYATAAN MEDIA

PKR SELANGOR BELUM PUTUSKAN CALON DUN N.25 KAJANG

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama a calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Mohamed Azmin bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor

Parti Keadilan Rakyat
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 28, 2014 at 12:52 PM

DUN Kajang sangat istemewa, belumpon SPR membuat sebarang kenyataan, nama calon telah diumumkan lebih awal. Nama calon itu pula tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan pelakon utama Drama Bersiri bertajuk Pembohongan itu Satu Seni, Pengikut Bodoh Selalu Ditipu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger