#PKRKacauBilau KENAPA ANWAR IBRAHIM PILIH DUN KAJANG?


Sesuatu yang menjengkelkan apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK DUN Kajang dalam sidang akhbar pagi tadi di Ibu Pejabat PKR.

Sepatutnya Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali yang berkuasa dan orang yang sepatutnya mengumumkan pencalonan Anwar Ibrahim bagi PRK DUN Kajang.

Pasti ramai yang ternya kenapakah DUN Kajang dipilih dan bukannya DUN lain yang sememangnya menjadi senarai pilihan Anwar Ibrahim?

Terdahulu mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Selain berketurunan Melayu dan beragama Islam, Anwar sekiranya menang boleh menjadi Menteri Besar Selangor atas persetujuan Sultan Selangor.

Persoalan sekarang kenapa Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang dan seterusnya mahu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor? Apakah ini ada kaitan dengan kenaikan gaji dan elaun Menteri dan Exco-Exco Negeri yang diumumkan dalam Sidang DUN Selangor lepas.

Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim? Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari tadi, 28 Januari 2014.

Kenapa ADUN Kajang sebelum ini Lee Chin Cheh yang perlu meletak jawatan? Kawasan DUN Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor.

Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang juga ada tiga gereja besar. Di Kajang mempunyai projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.

Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadangkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor? Pastinya itu suatu kekecewaan yang amat sangat malah lebih kecewa tidak dapat menjawat jawatan Perdana Menteri selepas PRU-13 lepas.

Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor. Ini kerana selain bersebelahan dengan Bandar Baru Bangi dan merupakan kawasan bandar, semangat anti institusi semakin luput di sini sehingga ada yang secara terang mempertikaikan kekuasan Sultan dan Raja.

Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei. Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka pejuangkan isu Kristian. Sudah ada pihak yang menyeru rakyat agar jangan dengar titah Sultan dan Agong. Apakah ini boleh dikatakan sebagai biadap?

Siapa sebenarnya yang mahukan tragedi 13 Mei? Siapa yang baling molokov cocktail di gereja?

Apakah sudah terpadam cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar? Gaji Menteri Besar Selangor RM29,250 berbanding gaji Perdana Menteri iaitu RM22,827.


Patutlah Anwar hendak sangat jadi Menteri Besar Selangor kerana selain gaji yang tinggi Selangor juga menjanjikan syurga untuk kaum sejenis.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
January 28, 2014 at 6:22 PM

gila kuasa...

Anonymous
January 28, 2014 at 7:00 PM

kerajaan BN hari ni lembab... tu pasal ISA dan Akta Hasutan dihapuskan atas desakan pembangkang...

January 29, 2014 at 9:39 AM

Di antara banyak keistimewaan /fringe benefits seorg Menteri Besar: boleh melawat seberang laut sesuka hati dgn kemudahan kerajaan.Bayangkan jika Anwar jadi MB Selangor.Fikirlah sendiri.

Anonymous
January 29, 2014 at 10:55 AM

Kami pengundi dikajang akan tunjukkan bukti sama ada parti politik perlu ikut kami atau kami yang ikut parti politik - Sebab kalau benar sebagaimana yang kami ucapkan korbannya amat besar sekarang dan akan jadi pengajaran untuk semua parti politik

Anonymous
January 29, 2014 at 10:57 AM

Pengundi Kajang akan beri Pengajaran pada Parti Politik yang sekadar bahasa lebih indah dari Rupa. AWAS... Lihatkan buktinya nanti

Anonymous
January 29, 2014 at 12:04 PM

Buat pilihan dengan akal jangan politik bodohkan orang kajang, orang kajang bijak lw,

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger