PIJAK BENDERA JEPUN: ANWAR IBRAHIM KERUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-JEPUN


Perlakuan tindakan keterlaluan penyokong Anwar Ibrahim yang terdiri daripada ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai Shamsul Ketot memijak dan membakar bendera Jepun disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ oleh rakyat Malaysia.

Perbuatan sedemikian sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan Malaysia-Jepun yang sebelum ini erat di bawah kepimpinan Kerajaan BN.

Malah Jepun telah beberapa kali membantu Malaysia dalam banyak hal termasuk melabur di Malaysia bagi membantu ekonomi negara.

Berikutan tindakan melampau penyokong AMK itu, Anwar Ibrahim selaku orang yang dibela oleh mereka itu dengan angkuh tidak akan memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuk kedutaan Jepun di Malaysia.

Malah beliau bersetuju dengan tindakan penyokongnya itu mengadakan perhimpunan aman kononnya bagi menghantar memorandum kepada kedutaan Jepun biarpun tidak bersetuju dengan tindakan mereka memijak bendera.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan.  Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.


Sebaliknya tegas Anwar lagi, kerajaan Jepun yang sepatutnya meminta maaf kepadanya disebabkan menghalau dirinya dari memasuki Jepun.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 23, 2014 at 8:41 AM

dh jelas terpampang pun boleh menipu tahap setan lagi.. benda2 lain dlm kain, dlm bilik belakang dinding boleh harap lg ke puak setan PKR ni? kepala pun setan.. yg macai2 bawah ni jilat jer.. pantang ajak buat demo.. mcm babi hutan je nk sondol.. nah skrg padan muka satu dunia kenal siapa Nuar bekas banduan aka bkl Pii Emm Pakatan sial.. dan Sam babi ketot yg bodoh merosakkan nama negara.. Nuar Sial tu yg langgar undang2 negara org yg puak ko bahlol pegi meroyan bebal hina Jepun ape hal..

bahlol x100 PKR-PR.. macai PAS nk ckp apa??

January 23, 2014 at 8:46 AM

Pihak Duta Jepun telahpun memberi penjelasan kenapa Anuar ditahan/dan dihalau Imigresen Jepun.Rupa2nya bekas banduan perlu memohon kebenaran khas jika nak masuk negara Jepun.Peraturan dikenakan juga kpd Anuar tak kira dia Ketua pembangkang atau rakyat biasa jika dah bertaraf bekas banduan/ex-convict.

Sam Ketot tu satu juga.Tanpa bersabar tanpa meminta penjelasan terus saja bertindak hentam keromo.Tak salah hantar memorandum/surat protes kah,tetapi tak payah diiringi demo memprotes dgn mengutuk kerajaan Jepun.Negara Jepun pun berdaulat spt negara kita.Jgn cepat nak pijak/bakar bendera org.(Semasa bendera Malaysia dibakar di Duta kita di Jakarta dlm banyak demo tak pula Sam Ketot membantah kpd Duta negara tersebut.Takut.)

Hubungan diplomatik dgn Jepun adalah sungguh baik.Semuanya kerana kerajaan di bawah BN menghormati rakan2.PKR melalui SamKetot nak musnahkan hubungan tersebut.Tindakan AMK Pkr tak fikir dgn otak.

Anuar perlu minta maaf kpd kerajaan kita.Maaf juga kpd Jepun.Diharap selepas insiden tersebut Anuar kita lebih berhati2 jika nak ke Jepun.Lainlah jika beliau nak ke US.

Anonymous
January 23, 2014 at 11:24 AM

AKIBATNYA ......ANAK ANAK MALAYSIA YANG BELAJAR YANG MAKAN GAJI NGAN JEPUN YANG MAKIN "MALU" DARI PERANGAI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT INI.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger