PEMIMPIN PKR RELA BERTUMBUK DI KUANTAN


PKR mewarnai isu-isu semasa di Malaysia sehingga menyebabkan isu kangkung yang dimainkan sendiri pembangkang hilang dan senyap.

Semua ini angkara empat isu besar yang membabitkan pemimpin mereka iaitu;

  1. Anwar Ibrahim yang dihalau keluar dari Jepun kerana status bekas banduan
  2. Perceraian antara Nurul Izzah dan suaminya yang failnya dibuka dan disebut di mahkamah,
  3. Azmin Ali hangat hati kerana hilang sebahagian daripada pendapatan mewahnya selaku Ahli Lembaga Pengarah PKNS, dan
  4. Pergaduhan besar membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap ADUN Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung. 

Dalam isu terbaru itu, Azan Ismail dan Lee Chean Chung dikatakan bergaduh dan bertumbuk di antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi tadi di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan.

Semuanya bermula apabila Azan menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu.

Azan Ismail menyatakan, perbuatan Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekali gus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR.

Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan.

Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung sehinggalah berlakunya pertikaman lidah antara Lee Chean Chung.

Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU.

Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang.

'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celopar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan.

Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan. Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan Ismail.

Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca pergaduhan tersebut. Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya.


Manakala sikap tidak boleh menerima teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Sumber dari http://theflyingkick.blogspot.com/
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
January 24, 2014 at 10:34 AM

Yang tumbuk Menteri Kamalanathan apa pasai tak cakap??????????????????

January 24, 2014 at 11:43 AM

Betul ke cerita ini, atau fitnah semata-mata, siapa ada info sila tampil memberi penjelasan.

Anonymous
January 25, 2014 at 4:18 PM

klau dah diam tu betol la! if not sure ramai blogger kena saman fitnah! huhuhu

Anonymous
January 25, 2014 at 11:03 PM

kalau kat restoran kejadian berlaku minta sesiapa yang Nampak kejadian itu bole la buat lapuran dan sebarkan.....kat restoren mesti ada pengunjung restoran sempat merakam pergaduhan mereka...tolong sebarkan...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger