NAIB PRESIDEN PKR SARAWAK SEE CHEE HOW DIARAH TUTUP MULUT DAN JANGAN BOHONG


Tidak profesional dan mempunyai agenda politik tersembunyi adalah dipercayai ke atas Naib Presiden PKR Sarawak, See Chee How dalam kritikan mengenai masalah air di Simunjan baru-baru ini.

Kritikan dan lontaran pembohongan itu suatu yang tidak dapat diterima penduduk Simunjan yang beranggapan itu sudah keterlaluan.

“Kami ingin bertanya kepada PKR, adakah anda pernah tinggal bermalam atau melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah air di Simunjan? Jika anda hanya mempunyai pengetahuan yang sikit mengenai bekalan air Simunjan, kami menasihatkan anda untuk berhenti bercakap mengenainya.

“Sekarang bekalan air kami sama seperti kawasan lain malahan lebih baik daripada kawasan-kawasan tertentu. Adakah anda tidak tahu masalah bencana tidak dielakkan?” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan yang dibuat See yang telah disiarkan menerusi akhbar tempatan pada 10 Januari berkenaan masalah air di Simunjan.

Jelasnya, masyarakat di kawasan Simunjan berasa gembira dengan wakil rakyat  BN yang ada sekarang ini kerana beliau seorang pemimpin berwawasan selain melakukan tugasnya dengan cemerlang.

Kata Reli, wakil rakyat BN itu telah berusaha sedaya upaya untuk membawa Simunjan mencapai pembangunan yang besar berbanding dengan tiada apa yang dilakukan oleh PKR pada ketika ini di Simunjan.

“Tiada apa yang berlaku. Ia hanya masalah biasa yang berlaku dan kami tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dan jangan cuba menyibuk kerana kami tahu apa dilakukan.


Jelas kini, tahun 2014 merupakan tahun permulaan bagi pemimpin dan parti PKR itu sendiri cuba untuk mengadakan provokasi dan persepsi seperti mana yang dilakukan rakan mereka di Semenanjung ketika ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger