MUSTAFA ALI MOHON MAAF SELEPAS TERDESAK TIDAK DAPAT MENANG DI MAHKAMAH


Setelah mengetahui dirinya tidak dapat menang dalam saman yang dikemukakan oleh ahli UMNO ke atas dirinya dalam kes kenyataan fitnahnya kepada UMNO, akhirnya jalan terakhir yang diambilnya ialah mohon maaf.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi PAS, HarakahDaily, menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip beliau.

Dirinya mengetahui bahawa kenyataannya itu adalah fitnah dan tidak boleh menang di mahkamah.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita, Mustafa; peguamnya, Asmuni Awi; dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong, telah memaklumkan perkembangan kes itu ketika menghadiri proses mediasi hari ini di hadapan Ketua Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Hakim Zainal L. Salleh.

Menurut beliau, Rabu ini pihaknya akan memaklumkan persetujuan yang dicapai ketika proses mediasi untuk direkodkan oleh Hakim Datuk John Louis O’Hara.

Pada 22 April tahun lalu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh atas kapasiti pegawai awam UMNO selaku pihak plaintif telah memfailkan saman ke atas Mustafa, Asmuni dan Zulkifli masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Ab. Rauf dalam writ saman menyatakan, kenyataan fitnah itu diucapkan Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli.

Pihak plaintif mendakwa, Mustafa membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April 2013.

Pada tarikh sama, kenyataan itu disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk ‘Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas’ manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’.

Artikel ketiga bertajuk, ‘Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO’ bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, ‘GE13: Mustafa: I’m not the man in videoclip’ manakala artikel kelima bertajuk ‘Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa’.


Akibat tuduhan serius dilemparkan dengan niat jahat itu, pihak plaintif menegaskan, Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 14, 2014 at 3:15 PM

tau tak kenapa penyokong umno begitu sakit hati dan geram kpd pemimpin umno? sebab pemimpin umno yang ada sekarang ini jenis tak bertelur, kerandut kosong, penakut, pemalas, cakap banyak kerja takde, kedekut nak menggaji kumpulan penggempur pihak lawan dan paling memualkan tahap nak muntah ialah asal dapat projek kira boleh setel luar. tak sial ke camtu. kita memang marah dengan fitnah pembangkang dan berharap umno saman sampai tinggal seluar dalam pihak pembangkang ni. tapi apa yang dapat akhirnya, takpelah, setel luar mahkamah. tak ke haram jadah macam tu. lantak ko la umno, selagi berselerak pemimpin bacul macam ni dalam umno, apa nak jadi kpd umno jadilah. tak sokong pembangkang tapi jangan perasan, pemimpin umno tak bertelur macam nipun takde sapa nak sokong.

Anonymous
January 14, 2014 at 3:46 PM

Sudah2lah tu. Jgn banyakkan lagi dosa kita.
Pasal2 kita nak menambahkan dosa yg ada. Tak sanggup rasanya.
Biarlah mereka buat yg meteka fikirkan betul untuk 4 tahun yg akan datang.
Kita tentukan nasib dia diPRU14.
Jumpa mereka disana

Anonymous
January 14, 2014 at 6:22 PM

Jika Tapa seorang pemimpin Islam yg sebenar mahukah dia bersumpah laknat bahawa org dlm video itu bukan dia. Sanggupkah dia menipu Allah demi ingin menguasai Putrajaya..?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger