LAGI FITNAH PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK TERHADAP SARAWAK ENERGY BERHAD (SEB)


Susulan daripada fitnah terbaru Pakatan Pembangkang Sarawak terhadap Sarawak Energy Berhad (SEB) berhubung pemberian sumbangan kepada penduduk kampung dan komuniti gereja di sana sempena sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu, SEB tampil dengan jawapan berasas dan berfakta.

Heboh dan kecoh kononnya hero (Pakatan Pembangkang) dalam memperjuangkan kehendak dan keperluan terhadap masyarakat peribumi di Baram bagi mendapat sokongan pembangunan Projek Empangan Hidroelektrik (HEP) di situ.

Hakikatnya SEB berkata, sumbangan yang diberikan kepada penduduk kampung dan komuniti gereja di sana sempena sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baharu merupakan maklum balas permintaan penduduk sebelum ini.

“Sumbangan yang kami agihkan kepada jawatankuasa kampung dan komuniti gereja di Baram sempena Krismas dan Tahun Baharu merupakan maklum balas daripada SEB kepada permintaan penduduk yang terkandung dalam surat bertarikh 28 November 2013,” katanya dalam kenyataan akhbar.

SEB mengambil inisiatif dan pengecualian secara terbaik untuk sebarang dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.

Selain itu menurutnya, SEB menyedari tuduhan tersebut sebagai unsur negatif daripada individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai agenda tersendiri khususnya politik.

Justeru, SEB mengambil langkah untuk berkomunikasi secara berterusan dengan penduduk Baram selain menyifatkan projek HEP mematuhi kehendak kerajaan hasil kajian sosial dan persekitaran oleh pihaknya.

“Dengan melibatkan penduduk kampung dalam pembangunan projek HEP tersebut, ia lebih memberi gambaran jelas kepada penduduk kampung mengenai kajian yang sedang dijalankan serta cadangan pelaksanaan projek,” ujarnya.

Tambahnya, sepanjang proses pembangunan itu, SEB akan sentiasa memantau dan menilai bantuan yang diperlukan oleh penduduk kampung.

“Misi SEB bukan sahaja untuk menjaga kebajikan rakyat yang terjejas oleh projek HEP, bahkan untuk memastikan bahawa penduduk akan mendapat manfaat daripada pembangunan selaras dengan matlamat negeri,” tegasnya.

Terdapat laporan dalam media atas talian yang tidak bertanggungjawab mendakwa SEB dengan tuduhan tidak berasas bagi menarik perhatian pembaca dengan berita sensasi mereka.

Selain itu, SEB turut menggesa pembaca memeriksa fakta-fakta daripada siaran rasmi SEB dan maklumat yang ada laman web rasmi mereka.

“Saya mewakili SEB mahu mengambil perhatian orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat daripada NGO anti empangan yang hanya berniat untuk menghasut rakyat dengan pembohongan yang berniat menjatuhkan SEB.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, SEB akan terus melibatkan diri dengan penduduk yang terlibat dengan projek dengan matlamat membangunkan hubungan jangka panjang dengan komuniti-komuniti ini selain memastikan kemapanan projek oleh SEB,” katanya.


Sehubungan itu, rakyat Sarawak digesa untuk tidak mempercayai setiap dakwaan NGO dan Pakatan Pembangkang yang secara dasarnya cuba untuk memberikan gambaran negatif terhadap usaha kerajaan ke atas penduduk yang terlibat ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger