KOMEN BERBEZA PEMIMPIN BN DAN KERAJAAN DALAM ISU I.S.A UNTUNGKAN PEMBANGKANG


Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sejak 2011 diwujudkan semula bagi menangani golongan pelampau khususnya yang telah dan sedang berlaku sekarang sehingga mengucar-kacirkan perpaduan kaum dan agama.

Selepas kenytaan itu, mulalah wartawan sama ada akhbar milik kerajaan dan pembangkang mencari pemimpin BN dan pembangkang termasuk bekas-bekas pemimpin BN yang telah kalah dalam PRU-13 dalam memberikan komen berhubung isu ISA.

Bermula dengan komen Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang mengatakan ISA tidak akan dikembalikan dan kerajaan komited menggunapakai akta terbaru yang dikenali sebagai SOSMA

Bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula ISA.

Sebaliknya ujar beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya.

Bagi bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang kalah teruk kepada pemimpin PAS dalam PRU-13 lepas apabila diminta memberi komen berhubung ISA menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengembalikan ISA sama maknanya dengan bersikap memungkiri janji.

“Saya tidak setuju ada semula ISA, kerana tidak setuju penahanan tanpa bicara.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan ISA sebagai undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.

"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.

ISA dimansuhkan pada malam 15 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger