KHALID IBRAHIM DIKECAM AMK SELANGOR PASAL ISU AIR DAN GIAT MARA


Pengambilan tanah tapak Giat MARA dan isu air bukan sahaja telah mencetuskan kontroversi bahkan mewujudkan sentimen kebencian di kalangan pemimpin PKR sendiri.

Terbaru, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dua isu yang menjadi tumpuan di negeri ini iaitu pengambilalihan pengurusan air dan penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara.

Ini kerana isu air merupakan isu rakyat yang sememangnya menjadi keperluan rakyat manakala pengambilan tanah sekali gus penutupan Giat MARA yang menjadi terajui utama pendidikan orang Melayu dilihat akan menjejaskan masa depan orang Melayu.

Kekalutan timbul bila mana hanya UMNO sahaja yang mempertahankan Giat MARA itu sedangkan pemimpin Melayu PKR sendiri seakan-akan tunduk kepada desakan daripada pemimpin DAP Selangor.

Keadaan ini sekali gus menimbulkan meresahkan di kalangan rakyat Selangor kerana kedua-dua isu ini merupakan keperluan hak asasi rakyat Selangor.

Menurutnya, keputusan Abdul Khalid memuktamadkan rundingan pengambilalihan pengurusan air di Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menimbulkan kekeliruan, keresahan dan kemarahan dalam kalangan rakyat.

“Kami memohon beliau (Abdul Khalid) membuat penjelasan kepada AMK dan rakyat Selangor berhubung pendirian kerajaan negeri yang dilihat telah mengubah pendirian sebelum ini dengan menerima Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 31 Disember lalu.

“Kami juga memohon beliau memberi penjelasan adakah dengan perkembangan tersebut, program air percuma dapat diteruskan dalam tempoh jangka panjang dan bagaimana penggunaan RM600 juta sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Abdul Khalid, Azman Abidin di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK).

AMK memandang serius akan permasalahan ini selaras dengan manifesto Pakatan Pembangkang dan bukannya membebankan rakyat sehingga menyebabkan UMNO mengambil peluang untuk merendahkan 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger