KETUA WANITA PKR MAHU AZMIN ALI DIKEMBALIKAN JAWATAN AHLI LEMBAGA PKNS


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan satu memorandum untuk mendapatkan penjelasan mengenai pemecatan Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diserahkan kepada Presiden PKR dalam masa terdekat.

Majlis Pimpinan Negeri Selangor sebulat suara memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang menggugurkan Mohamed Azmin dalam PKNS sebelum ini.

Ahli-ahli Majlis Pimpinan Negeri Selangor bersependapat prestasi Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah baik dan tidak wajar digugurkan.

"Kita telah adakan mesyuarat semalam bersama pentadbiran negeri, memang kita tak bersetuju Azmin digugurkan, kita mahukan penjelasan proses pengguguran itu dilakukan daripada menteri besar,” jelas Zuraida lagi.

"Azmin mempunyai prestasi yang baik dalam PKNS... kita juga putuskan akan menghantar satu memo kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mendapatkan penjelasan daripada menteri besar pada esok, dalam mesyuarat biro Pusat," tegasnya lagi.

Tambahnya, keputusan pengguran Mohamed Azmin itu juga dakwanya, tidak dibincangkan bersama pimpinan negeri itu.

"Kita tak setuju... keputusan Abdul Khalid itu (ada berbincang), kena tanya beliau, kita tak setuju," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas adakah pengguguran Mohamed Azmin itu membuktikan pemimpin itu tidak sependapat dengan menteri besar dan cara untuk singkirkan pemimpin nombor dua parti itu, Zuraida berkata perkara itu perlu merujuk Abdul Khalid.

"Perkara itu kena merujuk menteri besarlah," katanya dalam keadaan tertawa.


Lihat betapa sayangnya Zuraida Kamarudin terhadap Azmin Ali sehingga sanggup meminta Khalid Ibrahim semak semula pemecatan Azmin dari Ahli Lembaga PKNS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger