KEDUDUKAN BANDUAN TIAN CHUA SEBAGAI AHLI PARLIMEN TERJEJAS


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu.

“Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen.

Saifuddin berpendapat perlakuan Tian Chua di Pulapol itu merupakan tabiat Tian Chua yang melawat dan memberikan sokongan kepada peserta himpunan yang ditangkap.

“Sudah tentu (terkejut dengan keputusan)... Sebagai ahli Parlimen, dia berdepan dengan rakyat...peserta himpunan yang ditangkap.

“Maka sudah menjadi sifat atau tabiat beliau. Beliau akan berada di Pulapol untuk memberikan sokongan moral untuk membantu mereka. Rupanya berada di tempat seperti itu menjadi satu kesalahan,” katanya.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, Deputi Superintendan A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.


Beginilah sikap dan tindakan pemimpin pembangkang yang gemar melanggar peraturan dan menggunakan nama rakyat sebagai usaha untuk melepaskan diri, tetapi akhirnya kena tangkap juga.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 24, 2014 at 8:36 AM

Kenapa PKR tidak mahu mematuhi undang-undang Malaysia? Dah la masuk Jepun pun tak hormat undang-undang negara asing samapi kena perambat balik..Apakah Setiusah PKR tu benggong sampai tak tahu undang-undang. Kalau rakyat biasa kena tahan tidak ade pun komen dari setiusaha PKR...porahhhhh...ingat Malaysia jungle country ker????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger