INIKAH DIKATAKAH PERHIMPUNAN AMAN?


Penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) harus bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku pada malam ambang tahun baharu 2014.

Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam tahun baharu adalah topeng oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu.

Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.


Justeru, pihak polis digesa segera mengambil tindakan tegas ke atas penganjur bagi memberikan pengajaran kepada mereka luar sana bahawa negara ini ada undang-undang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 2, 2014 at 1:42 PM

kerajaan harus mengenal pasti identiti perusuh2 ni dan jgn beri muka, kalau masih belajar di IPT awam, tendang je keluar, segala2 betunk bantuan ditarik balik serta merta, jgn bagi muka..kurang ajakk...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger