HALAU ANWAR IBRAHIM BUKAN SALAH KERAJAAN MALAYSIA

Selepas diusir keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan tidak dibenarkan masuk ke Jepun, Ketua Pembangkang terus menunding jari dan menyalahkan kerajaan pimpinan Najib Razak di atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

Dengan nada keras Anwar meminta Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri bagi memberikan jawapan di atas apa yang telah dilakukan mereka sehingga beliau tidak dibenarkan masuk ke Jepun.

Seperti biasa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditubuhkan bagi menjaga dan memelihara kepentingan Anwar Ibrahim terus menghantar memorendum kepada Kedutaaan Jepun dalam usaha membantah tindakan yang dilakukan ke atas ketua mereka.

Selain menghantar memorendum, AMK juga secara terus mendesak agar kerajaan memutuskan hubungan dengan Jepun dan memulau produk keluaran Jepun.

Malah, yang lebih teruk lagi ialah sebilangan penyokong AMK yang hadir bersama Shamsul Ketot telah membakar bendera Jepun sebagai tanda protes dan sekaligus mencemar nama baik Malaysia.

Sebaik sahaja jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya lagi.


Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Selepas mendengar penjelasan kedutaan Jepun itu jelas kesalahan itu datangnya daripada Anwar sendiri dan bukannya disebabkan Kementerian Luar Negeri mahupun UMNO seperti yang didakwa kebanyakan penyokong pembangkang.


Ini secara jelas Anwar cuba memperbodohkan penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang untuk terus membenci kerajaan biarpun menyedari dirinya sebenarnya telah memperalatkan rakyat Malaysia untuk kepentingan politiknya yang masih mengidam jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

January 22, 2014 at 11:08 AM

Nuar ke jepun atas jemputan Nippon Foundation utk berucap atas tajuk Democrat Muslims.Betapa hebatnya Nuar.Tetapi pelik dan agak kurang bijak bila beliau tersilap tak memohon visa khas lawatan drp Embassy Jepun di KL.Agaknya Pegawai Khas Nuar sengaja nak pekena Bos sendiri.Sebelum ni tak timbul masalah dgn Imigresen Jepun.

Apapun Nuar tak kebal di luar negara.Jgn main2 dgn undang2.

Sama juga dgn pendemo2 dua tiga kerat tersebut.Nak boikot barangan Jepun sebab Bos mereka melanggar peraturan imigresen Jepun.Nak salahkan Kerajaan Malaysia pula.

Maka mulai hari tersebut puak PKR tak lagi nak beli kereta2 buatan Jepun,tak nakmasuk kedai 7Eleven,tak lagi nak membeli belah di AEON,dan etc.Dan tak mahu pakai selipar jepun!

Mana otak mereka.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger