GEMPAR: ANWAR IBRAHIM DIHALAU DARI LAPANGAN TERBANG JEPUN KERANA ISU KANGKUNG?


Memalukan. Itulah yang dapat disimpulkan terhadap apa yang berlaku ke atas diri Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang telah diusir dan tidak dibenarkan memasuki Jepun sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun.

Ekoran ‘kemaluan’nya itu, Anwar telah mendesak Kementerian Luar Negeri agar memberikan penjelasan di sebalik pengusirannya dari Jepun.

Tanpa usul periksa dan segan silu, Anwar mendakwa Kerajaan melalui Kementeri Luar Negeri bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku ke atas dirinya yang disifatkan sebagai sandiwara kerajaan.

Anwar mendakwa kerajaan Malaysia telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook miliknya.

Apakah kandungan laporan terkini itu mempunyai kaitan dengan isu ‘kangkung’ yang kini menjadi topik hangat pihak pembangkang dalam memperkecilkan usaha kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak?

Seakan-akan tidak percaya apa yang telah berlaku ke atas dirinya, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.

Seperti biasa, apa yang berlaku ke atas dirinya pastinya akan menyalahkan kerajaan pimpinan Najib Razak biarpun beliau belum lagi menerima keterangan speenuhnya daripada kerajaan Jepun.
"Saya mengesyaki ada tangan tersembunyi yang mendalangi kemasukan saya ke Jepun.

"Sebelum ini saya telah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali pada 2006, 2009, dan 2012, namun kali ini dihalang pula," katanya.

Anwar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, hari ini dari Kuala Lumpur tetapi telah dihalang daripada memasukinya oleh pihak berkuasa imigresen Jepun.


Anwar kemudiannya diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi, hari ini dalam keadaan memalukan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger