APAKAH KENYATAAN PEMILIK FACEBOOK INI BOLEH DIKENAKAN DI ATAS AKTA HASUTAN?



Apakah rakyat Sarawak sudah hilang ‘nilai’ diri sehingga sanggup menghalalkan apa sahaja cara demi hendak meraih undi (lambat lagi pilihan raya) dan mendapatkan sokongan parti politik sehingga sanggup melakukan ‘dosa’ yang secara terang tahu halal dan haramnya?

Biarlah berpolitik secara sihat dan ‘gentelmen’ kerana hanya rakyat yang mempunyai kuasa untuk mengubah kerajaan dengan suara majoriti.

Sebelum ini seorang rakyat Sarawak yang dikenali YB Sutan Sinaro atau Yusuf Baharudin, Setiausa AMK Sarawak telah ditangkap dan ditahan bagi mendapatkan keterangan berikutan kenyataan ‘panas’ sehingga sanggup mengugut hingga menimbulkan kecederaan.

Tidak cukup dengan itu banyak lagi kenyataan bersikap berbaur hasutan dan ancaman sehingga kepada suatu tahap yang menakutkan. Persoalannya, apakah kehidupan di Sarawak ini suatu ancaman sehingga sanggup menimbulkan kekecohan dan berprasangka buruk?

Benarlah, kini selain wang orang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuklah menimbulkan kekecohan.

Terbaru, kenyataan seorang pemimpin Melayu DAP yang sanggup mengeluarkan kenyataan sebegini hanya kerana mahukan ‘undi’.

Jika benar Akta Hasutan masih ada, apakah pemilik facebook wajar ditahan dan disabitkan kesalahan menerusi akta tersebut?

Secara jelas dan sedar kenyataan pemilik akaun facebook ini telah mendatangkan prejudis antara penganut Islam dan Kristian di Sarawak?

Juga, kenyataan seperti ini boleh mendatangkan kemarahan di kalangan penganut Islam atau Kristian di Sarawak?

Termasuklah, kenyataan seperti ini boleh membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan?


Kepada pihak yang berkenaan dan berwajib jelas bahawa kini undang-undang sudah lebih dipermainkan. Jika tidak ditangani maka toleransi dan perpaduan kaum di Sarawak khususnya akan tergadai.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger