ANWAR MENAFIKAN TUDUH WISMA PUTERA SEBAGAI TANGAN GHAIB


Seperti biasa Anwar Ibrahim akan menafikan apa sahaja yang pernah diperkatakan olehnya bagi menutup kesalahan biarpun ia secara jelas memperkatakan tentang sesuatu perkara.

Kebiasaannya Anwar akan menyalahkan wartawan kerana menyalah tafsirkan kenyataannya dan menuding jari terhadap editor akhbar kerana mengedit dengan mempunyai niat tertentu terhadapnya.

Terbaru, susulan daripada kenyataannya tempoh hari yang menuduh Wisma Putera campur tangan sebagai penyebab dirinya tidak dibenarkan memasuki Jepun.

Anwar menafikan beliau menuduh Wisma Putra sebagai "tangan ghaib" yang menghalang kemasukannya ke negara itu.

"Saya tak sebut Wisma Putra, saya cuma cakap ada "tangan ghaib',  sebab pegawai imigresen (Jepun ) merujuk laporan terbaru.

"Jadi sekarang ini saya inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak autoriti (Menteri Luar) dan Jepun apakah sebenar disebalik laporan tersembunyi itu sehingga mereka kata mereka ada kuasa untuk berbuat demikian. Sebab saya ada hak sebagai rakyat Malaysia, jadi saya minta penjelasan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," katanya.

Biarpun kedutaan Jepun sendiri telah memaklumkan bahawa tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun itu disebabkan visa dan sebagai bekas banduan, Anwar masih tidak mempercayainya.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger