ANWAR IBRAHIM DAN COMANGO WAJAR BACA KENYATAAN DAVID SILVESTER


Ada pihak pembangkang dan NGO’s propembangkang tempatan yang mahukan undang-undang kahwin sejenis yang diharamkan di Malaysia dimansuhkan sejajar dengan sikap keterbukaan atau liberal yang diamalkan beberapa negara di dunia terutama di Eropah.

Tindakan itu bukan sahaja menghalalkan yang haram seperti mana yang telah termaktub dalam al-Quran bahkan mengundang malapetaka seperti mana yang diperkatakan David Silvester, seorang penganut Kristian yang juga seorang anggota majlis perbandaran tempatan dari Parti Bebas United Kingdom (UKIP).

Baru-baru ini David telah menyalahkan tindakan kerajaan meluluskan perkahwinan sejenis sebagai punca banjir di Britain atau bahasa lebih mudah malapetaka yang diturunkan oleh Tuhan ke atas manusia kerana membuat tindakan yang keji dan tidak disukai Tuhan.

David Silvester adalah seorang penganut Kristian yang berpaling tadah daripada Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri David Cameron kerana membantah langkah kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun lalu.

Silvester yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Henley-on-Thames berkata, Britain dilanda ribut dan banjir baru-baru ini disebabkan pelaksanaan undang-undang itu dimurkai Tuhan.

Ini semua salah Cameron. Beliau bertanggungjawab ke atas kejadian ribut dan banjir di seluruh negara," katanya melalui sepucuk surat yang disiarkan oleh akhbar tempatan.

UKIP pada mulanya menyokong kenyataan Silvester yang disuarakan sebagai pandangan peribadi, namun parti antipendatang itu terpaksa menggantung tugas beliau untuk menjaga nama baik.

Pengerusi UKIP di tenggara England, Roger Bird berkata, pihaknya tidak boleh membiarkan mana-mana individu menggunakan nama parti untuk menyuarakan pandangan mereka yang bertentangan dengan pucuk pimpinan.

Silvester mengingkari arahan parti agar tidak lagi mengadakan sesi wawancara apabila memberitahu Radio BBC tentang gejala homoseksual merupakan penyakit yang boleh dirawati," katanya.


Jika penganut Kristian boleh menterjemahkan kejadian alam seperti banjir mahupun bencana alam sebagai kemurkaan Tuhan mereka, bagaimana Islam yang secara terang di dalam al-Quran dan hadis mengharamkan perlakuan luar tabii telah dipandang serong bahkan dipermainkan?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger